Showing posts with label 'Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label 'Aidilfitri. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Catatan Akhir Ramadhan: Maaf Batin Zahir

Dengan nama Allah, Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.


Berakhir sudah peluang untuk berpesta ibadah seberlalunya Ramadhan, tetamu dan sahabat yang sentiasa dirindu dan dikasihi.

Kini tiba pula Syawal pengganti Ramadhan. Masa untuk bergembira dan meraikan kejayaan sepanjang Ramadhan lalu. Firman Allah Ta'ala,
"Wahai orang-orang beriman! Telah difardhukan puasa ke atas kamu sebagaimana telah difardhukan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa."
[al-Baqarah, 2:183]

Tujuan utama kefardhuan berpuasa ke atas orang-orang beriman, iaitu orang-orang yang meyakini sebenar yakin sepenuh hati bahawa Allah adalah Tuhan mereka dan segala yang diusahakan adalah untukNya, ialah untuk melatih mereka menjadi orang bertaqwa -- orang-orang yang mampu melindungi diri mereka dari Murka dan Azab Allah Ta'ala (lihat video berkenaan puasa oleh Brother Nouman Ali Khan di sini).

Mari muhasabah diri: Sudahkah kita menjadi orang bertaqwa, iaitu orang yang dapat melindungi dirinya dari Murka dan Azab Allah Ta'ala? Berjayakah Madrasah Tarbiyyah Ramadhan mendidik kita menjadi orang sebegini?

Berjaya atau tidak, itu antara anda (dan saya!) dengan Allah. Ramadhan tetap berlalu, Syawal tetap tiba. Jika berjaya mendidik diri tahun ini, alhamdulillah wa syukrillah. Jika tidak berjaya, doakan bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan. Apa-apa pun, sambutlah Aidil Fitri yang menjelang tiba ini dengan kegembiraan. Tidak perlu terlalu bersedih sehingga mencacatkan suasana Syawal. Sebaliknya, isikan awal Syawal dengan takbir membesarkan Allah, itu Sunnah Rasul s.a.w.

Selamat menyambut 'Aidil Fitri. Maaf batin dan zahir. Moga semoga amalan baik kita diterima Allah. :')

Jadi.

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari dengan hati tulus ikhlas ingin memohon keampunan semua pihak andai ada mana-mana penulisan saya yang mungkin telah menyinggung perasaan mana-mana pihak dengan saya sedar atau tidak saya sedari.

Maaf batin, maaf zahir.

Maaf batin, andai ada terlintas apa-apa perasaan mazmumah (keji) di hati saya semasa menulis atau ketika melihat update status atau entri anda yang tidak pernah saya zahirkan.

Dan juga maaf zahir, andai ada antara tindakan, perbuatan, lafaz bicara dan penulisan saya yang terlanjur. Itu kelemahan saya, khilaf manusia biasa.

Paling penting, semoga Allah menerima semua amalan baik kita semua sepanjang Ramadhan kali ini dan di bulan-bulan mendatang. Taqabbalallahu minna wa minkum, ya Kareem!

Jangan terlalu excited buat persiapan raya itu ini tapi terlupa nak bertakbir membesarkan Allah dan pergi solat sunat hari raya!


Akhir kata, sambutlah ketibaan 'Aidil Fitri dengan perasaan gembira. Tetapi jangan dilupa pada yang tiada. Pada yang telah kembali menemui Pencipta, kirimkanlah doa kerana mereka menunggu (al-Fatihah buat mak tersayang. Din rindu mak!). Pada yang tiada di sisi, telefon kan ada? :')



"Ya Allah! Temukanlah kami lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Ameen!"

Saturday, September 11, 2010

Salam 'Aidilfitri 1431H

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Di kesempatan ini, saya Hafizuddin bin Yahaya ingin mengucapkan selamat menyambut hari lebaran 'Aidilfitri kepada seluruh umat Islam (terutamanya sahabat handai di seluruh pelosok dunia dan Wellington khususnya, juga rakan-rakan pembaca sekalian).

Mohon maaf atas apa-apa keterlanjuran atau kekasaran sepanjang saya menulis dan berkongsi ilmu di laman blog ini. Semoga madrasah Ramadhan telah berjaya mendidik diri, jiwa dan nafsu kita untuk menjadi Muslim yang lebih taat kepada Allah Ta'ala.

Sambutlah lebaran ini dengan bersederhana dan janganlah berlebih-lebihan dan membazir, atau kembali kepada diri kita yang dulu kurang baik berbanding setelah mengharungi 30 hari islah bersama Ramadhan, insyaAllah.

Ikhlas dari saya. :')


Semoga Syawal kali ini penuh bermakna dengan memori indah di samping insan-insan tersayang.



"Ya Allah! Berkatilah sambutan kemenangan kami di Syawal ini, dan mohon dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan."

Tuesday, September 22, 2009

Minal 'Aidil Wal Faaizin

I Diari

Smalam hari pertama sambutan hari raya 'Aidilfitri di bumi New Zealand. Mungkin tidak semeriah tahun sebelumnya, tapi tahun nie lebih bermakna lagi buat aku.

Malam raya, aku pegi bertakbir di umah Kay (aku terdengar ada isak tangis dari jamaah pompuan. Hati rasa sayu tapi tahan air mata dari meleleh sebab teringat kat mak dan abah). Pastu pegi gotong-royong kat Flat 21L Everton, tempat tinggal gadis-gadis manes. Sronok rasa bila dapat menghulurkan bantuan bergotong-royong nie (walaupon aku sedar aku lagi banyak buat bising dan kacau-bilau dari membantu), especially malam raya. Dapat rapatkan hubungan silaturrahim yang seblom nie kurang rapat dan banyak kenangan, cerita dan ilmu yang dikongsi bersama. Terima kaseh, teman-temanku sekalian!

Balik ke rumah malam tue, susah nak tido. Excited sebab nak raya (dan gembira sebab menda laen juge). Mulut bertakbir dalam bisikan sampai le terlelap. Beberapa jam je tido dan terjaga dek bunyi alarm clock kejutkan subuh. Selesai mandi sunat 'Aidilfitri, aku solat subuh dan bertakbir satu round. Hati rasa gumbira. :')

Kemudian naek Estima dengan Shaq dan rakan-rakan laen ke MSD untuk menunaikan solat sunat 'Aidilfitri. Sambutan agak meriah tapi macam ada something lacking somewhere, dunno what. Tapi aku tak kesah pon. Balik MSD, aku pegi umah 222A The Terrace. Lepak dengan rakan-rakan sampai terlupa nak drop by kat Everton. :'(

Nie snapshots dari MSD:




Seblom pergi Rumah Malaysia, aku singgah umah Yuyu kejap. Tak makan pon kat sana, sekadar berziarah. Di Rumah Malaysia pon macam kurang meriah je aku tengok. Tapi muka sume yang hadir kelihatan gumbira. Itu suda cukup kan? Ehehe~








Lihat gadis-gadis manes ini. Mereka kelihatan gembira kan? :'D


Balik beraya, aku teros pegi keja. Agak letih sebab sepanjang hari aku da terlalu hyper. :'P


II Secebis Rasa dan Pendapat

Beberapa hari seblom raya, acapkali aku dengar dari teman-teman di perantauan (sama saja sama ada di Wellington, Aussie atau Europe) yang mereka tak ada mood mau berhari raya. Mungkin kerana perbezaan budaya sambutan dan semestinya kerana merindui famili dan sanak saudara di tanah air.

Aku bertanya pada diri, "apakah hari raya bagi aku?" Selepas berkira-kira, jawapan aku ada 3:
1) Bertakbir
2) Bermaafan
3) Berziarah

Juadah hari raya tidak termasuk di dalam definisi raya aku kerna aku tidak begitu berkira tentang makanan. Asalkan ada, alhamdulillah (walaupon masa kecik-kecik dulu aku slalu pastikan mak aku beli kuih raya nama batang buruk. Ngee~). Sekiranya aku dapat melaksanakan 3 perkara di atas, hari raya 'Aidilfitri sudah cukup bermakna bagi aku.

Aku ingat lagi, masa aku kecik dulu aku penah gado ngan abang aku. Sampai ke sudah aku tamo mintak maap ngan dia sebab bagi aku yang masih egocentric ketika itu, abang aku yang salah dan bukannya aku. Dan aku penah demam jugak masa hari raya masa aku kecik dulu. Ya Allah, raya ketika itu saaangat la tidak seronok.

Kenapa kita bertakbir di hari raya?

Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku akan pastikan aku tak miss solat jamaah Maghrib dan Isyak di surau sampai pegi surau da semacam suatu rutin untuk aku. Dan setiap tahun ketika hari raya, aku lihat orang-orang tua bertakbir menggunakan microphone. Masa tue, aku saaangat teringin nak gune mic. Balik umah, aku akan terpacak depan TV masa ada tayangan takbir yang punya baris sarikata. Tujuan? Nak hafal baris-baris takbir. Alhamdulillah, in times aku berjaya jugak hafal walaupon lagu tunggang terbalik sebab aku tone deaf. Dan bila aku da besar dan matang sket, orang-orang tua nie akhirnya bagi aku peluang untuk gune microphone. Ehehe~ :'D

Tapi kan, bila aku da makin dewasa dan mampu berfikir lebih jauh lagi aku mula bertanya pada diri: Kenapa kita bertakbir di hari raya? Dan ini adalah pendapat aku. Takbir berasal dari perkataan Arab kabara yang berarti "besar". Lalu takbir dari segi lughah (bahasa) bermaksud "membesarkan" dan dari konteks Islam, yang kita besarkan adalah Allah.

Kenapa di hari raya? Bukankah kita perlu membesarkan Allah setiap detik kita bernyawa - dalam solat, dalam keadaan berdiri mahupon duduk? Benar itu. Tapi significantnya takbir di hari raya adalah sebagai satu simbol: Simbol kehambaan. Bila kita membesarkan sesuatu, kita secara tidak langsung sebenarnya mengakui betapa kerdil dan lemahnya diri kita (dan sebab itu la kita tidak bole nak membesar dan membangga diri ye?).

Hari raya 'Aidilfitri juga adalah lambang kemenangan kita selama sebulan berusaha melentur nafsu yang hitam berdosa. Lalu kita bertakbir di hari raya adalah sebagai tanda syukur seorang hamba yang mengakui kebesaran dan keesaan Tuhannya, dan mengakui kekerdilan dan kelemahan diri yang hina tanpa bantuanNya. Dan inilah fitrah sebenar manusia sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Kerna itu, jangan siakan usaha kita di bulan Ramadhan dengan pembaziran dan laen-laen perbuatan yang bertentangan dengan "fitrah" seorang hamba Allah yang beriman.




Soalan kepada diri: Sudahkah engkau kembali kepada fitrah seorang manusia sebagai hamba Allah yang beriman?




"Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahil hamd."