Showing posts with label niat. Show all posts
Showing posts with label niat. Show all posts

Thursday, September 24, 2009

Aku Bersedih Hati

Aku pon tak tau kenapa tapi hati aku rasa sangat gundah hari ini, ya Allah. Rasa seperti ada sesuatu yang tak kena jauh di sudut hati.

Aku cuba dengar bacaan surah al-Qiyamah oleh Sheikh al-'Ajmy tapi hati tetap rasa serba tak kena.

Puas aku selidiki, sudah aku refleksi diri tapi masih tak ketemu punca.

Perasaan nie dari smalam lagi. Hati rasa berat, perasaan tetiba rasa sayu. Bake cheesecake pon bole buat salah sampai tak brapa jadi.

Aku tido awal smalam. Bila hati rasa serba tak kena, tido kekadang menjadi escapism terbaek. Biasanya hati kembali tenang selepas tido.

Tapi kuasaMu, ya Allah. Walau dengan 2 alarm clock yang aku set, aku langsung tak sedar untuk bangun solat subuh. Kol 10.20am baru aku sedar, teros pegi qada' subuh. Kuliah ALIN pon aku terlepas. Hati rasa makin berat dan sayu sampai aku pon putuskan untuk tak pegi TESOL Open House kat SLSS. Maaf kepada rakan-rakan yang expect aku hadir (tak kesah la sebab aku atau expect makanan yang aku sepatutnye bawak, terima kasih yang concern kenapa aku tak pegi!).


Smalam aku berbicara dengan R, dia pesan aku untuk check amalan dan perbuatan dengan orang di sekeliling. Puas aku refleksi diri sekali lagi tapi masih tak ketemu jawapan.


Lalu aku bukak Quran nak baca sket sebab membaca Quran cam somewhat memberikan ketenangan jiwa yang lara, walaupon sedikit.


Maha Suci Allah, Tuhan yang Memberikan Berita Gembira kepada orang-orang yang bersedih hati! Baris ayat kedua aku baca tadi kelihatan seperti glossed, kelihatan seperti ianya ditujukan khusus kepadaku dari Maha Agung. Aku tersenyum bila membaca ayat itu, walaupon tanpa tafsiran maksudnya aku memang faham maksud ayat 20 dari surah asy-Syura:

"Barangsiapa yang menginginkan kesenangan Akhirat, maka akan Kami tambahkan kesenangannya di Akhirat. Dan barangsiapa yang menginginkan kesenangan di Dunya, maka akan Kami berikan sedikit kesenangan kepadanya di Dunya, tetapi rugilah ia di Akhirat kelak."

Ini adalah maksud dari kefahaman aku sendiri. Bole bukak kitab Tafsir untuk tafsiran yang lebih mendalam dan precise. Ayat nie mengingatkan aku tentang niat.

Sungguh besar kuasa Allah, ketika aku sedang menulis entry nie, aku terlihat link yang dipaparkan di YM saudari Dyana Kamal. Link ini adalah untuk sebuah artikel yang menarik berkenaan hati (klik sini untuk baca). Walaupon artikel ini tiada kaitan secara langsung dengan kesedihan hatiku, tapi ia membuatkan aku terfikir:

Adakah aku menjaga hati teman-temanku yang aku sayangi? Dan lebih penting lagi, adakah aku masih menjaga hatiku dari perasaan dan sifat-sifat mazmumah?


Berfikirkan persoalan-persoalan ini membuatkan aku kembali berfikir tentang niat. Agaknya, mungkin hati aku sedang berbisik kepadaku. Berbisik untuk mengingatkan aku tentang kepentingan mensucikan niat dalam setiap tingkah perbuatan semata-mata hanya kerana Allah Ta'ala. Aku cuba melafazkan hadith Nabi berkenaan niat tapi aku terhenti pada lafaz "innamal a'maalu bin niyyat" sedangkan aku dulu penah menghafaz habis lafaz dari salah satu Hadith 20 ini.

Perlahan aku selak dedaun mukasurat kitab Sahih al-Bukhari dari rak buku aku dan aku terjumpa hadith ini (yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim). Hadith penuhnya berbunyi begini:

Innamaal a'maalu bin niyyat. Wa innamaa likullim ri-en ma nawa (Faman kaanat hijrotuhu ilallahi warasulihi, fahijrotuhu ilallahi warasulihi. Faman kanat hijrotuhu liddunya yushibuha awimra atin yankihuha fahijratuhu ila ma hajara ilaihi).

Maksud: Setiap amal itu bergantung pada niat. Dan setiap individu diukur berdasarkan niatnya (dan siapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya. Dan siapa yang hijrahnya kerana kepentingan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka itulah yang ia peroleh dari hijrahnya).

Aku masih ingat ustazah Azizah (moga Allah merahmati beliau sentiasa) di Irshad dulu ada pesan pada kami, para pelajarnya, supaya betolkan niat kerana Allah setiap kali dia terdengar jika ada di antara kami yang juah atau berbangga diri. Aku tak amek peduli sangat pon dulu. Anak muda yang masih blom betol kenal Tuhan. Tapi skang pesanan tue terngiang-ngiang di telinga aku.


Wahai diri, ini antara engkau dan Tuhanmu:

Ikhlaskah engkau berbuat kebaikan di setiap tingkah perbuatanmu?
Kerana apa atau kerana siapakah engkau berbuat kebaikan sesama manusia?
Atau ada walau secebis rasa di hati untuk 'ujub dan takabbur?

Aku takut, ya Allah. Aku takut andainya ketika aku berbuat kebaikan sesama manusia sama ada menjamu mereka makan, mengimamkan solat mereka mahupon ketika aku memuji mereka, hatiku tidak ikhlas. Aku takut sekiranya timbul di hatiku keinginan untuk menerima semula kebaikan dari mereka, sedangkan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi Balasan.

Aku juga takut, ya Allah, andai tujuan aku memperbaiki diri bukanlah hanya keranaMu. Aku sangat takut andainya niatku kerana manusia. Aku akui penyebab aku memperbaiki diri asalnya adalah kerana manusia tetapi makin lama aku mengenaliMu, makin cinta hatiku padaMu. Dan aku takut andainya perasaan cinta pada manusia bisa melalaikan aku dariMu, yang kelak menjadi titipan dosa padaku.

Lalu, ya Allah, andai aku mahu mengasihi keluarga dan sahabat-sahabatku maka janganlah Kau jadikan mereka penyebab kelalaian di hatiku. Dan jika tiba masanya Kau tetapkan aku untuk mengasihi hambaMu (siapa jua ia) sebagai pasangan hidupku kelak, aku berharap Kau sucikanlah rasa kasih dalam hubungan itu agar kami saling mengasihi hanya keranaMu dan saling mengingatkan antara kami tentang Kasih dan SayangMu. Allahumma ameen.




Amaltu, ma fi qalbi ghairullah (Harapanku, tiada yang lain di hatiku melainkan Allah)