Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Catatan Ramadhan 9: Budayakan Al-Quran

Dengan nama Allah, Pengarang Agung.


Shahrur Ramadhan, huwa Shahrul Quran.

Bulan Ramadhan adalah Bulan al-Quran. Padanya diturunkan al-Quran, dan padanya jua ada keberkatan untuk mempelajari dan menghayati Kalamullah ini.

Tetapi bagaimana caranya mendidik diri mencintai al-Quran?

Sebelum menjawab soalan tersebut, saya ingin kongsikan status seorang sahabat di Facebook:

"Take your son to NASA and on the way home he'll tell you that he wants to be an astronaut when he grows up. Take your daughter to the zoo and now she wants to be a veterinarian. Same thing goes for sports and athletes. So if we want our children to develop a love for the Quran and knowledge in general and aspire to be students of sacred knowledge, then we have to introduce them to it. InshaAllah no time better than the present, use this Ramadhan and Tarawih wisely." -Abdul Nasir Jangda

There. Jawapan saya ada dalam quote di atas ini.

Bagaimana?

Mulalah dari awal.

Jika mendidik anak, mulakan dari semenjak mereka kecil. Pupuk minat mereka ke arah mencintai al-Quran. Budayakan al-Quran itu agar menjadi rutin mereka, yang mana akan rasa tak senang duduk jika tak baca sehari. Ada orang tak baca suratkhabar satu hari sudah tak senang duduk. Kenapa bukan macam tu dengan al-Quran?

Kerana mereka ini belum membudayakan al-Quran.


Al-Quran itu cahaya. Sematkan ia di hati. Jadikannya rutin, budayakan al-Quran dalam kehidupan sehari-hari


Jadi, adakah sudah terlambat untuk kita yang sudah dewasa dan mungkin sudah meniti usia senja?

Jawapannya tidak, masih belum lagi terlambat. Izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman di sini.

Semasa saya masih di bangku sekolah rendah, arwah mak saya telah didik saya untuk mencintai al-Quran. Bagaimana? Dengan menunjukkan teladan yang baik. Beliau bukanlah ustazah mahupun orang yang serba serbi pandai berkenaan ilmu agama mahupun ilmu Quran. Beliau hanyalah wanita biasa tetapi keinginan dan kecintaannya pada ilmu telah memberi inspirasi mendalam pada saya yang mulai nampak keindahan ilmu pada hari ini.

Kenangan paling manis adalah pada setiap kali tibanya Ramadhan. Menjelang malam 1 Ramadhan, arwah mak saya akan memastikan anak-anaknya pergi bersama-sama untuk menunaikan solat Tarawih berjamaah di surau (malahan, saya juga telah dididik untuk sentiasa pergi ke surau untuk bersolat jamaah setiap kali terdengar laungan azan seawal umur 7 tahun. Tak kiralah apa jua yang sedang dilakukan, beliau akan memaksa saya berhenti segera dan mendahulukan solat. Dulu saya masih kecil dan sering mempersoalkan malah merungut dengan tindakan beliau tetapi kini saya sangat bersyukur dengan usaha beliau. Terima kasih mak!). Pulang dari surau, saya akan 'berlumba' dengan arwah mak untuk menghabiskan 1 juzuk al-Quran pada setiap malam. Terasa kemanisan bertilawah apabila ada persaingan sebegitu. Kini saya khatam sendirian setiap tahun, mudah-mudahan Allah temukan 'pesaing ganti' untuk kembali menghidupkan keceriaan tilawah Quran di malam-malam Ramadhan akan datang. Ameen.

Ini secebis pengalaman saya serba ringkas. Dari kisah ini, dapat kita lihat cara mendidik insan mencintai Kalamullah tanpa mengira umur. 

Tidak sukar.

Yang paling penting adalah keinginan. Kemampuan itu urusan Allah. Bila mahu, Dia akan berikan kita kekuatan. Seperti arwah mak saya: Walaupun membaca al-Quran dengan penuh susah payah supaya dapat tilawah dengan tajwid yang betul, Allah beri dia kekuatan untuk terus membaca dan terus membaca.

Jadi apa lagi alasan kita?

Pasang niat dan sematkan keinginan bermula sekarang. Jangan bertangguh. Agak sukar untuk sendirian, jadi carilah teman supaya ada sedikit rasa persaingan di situ. Persaingan menuju Mardhatillah adalah persaingan yang sihat. Ini cuma langkah awal. Bila dah biasa, tak perlu lagi rasa persaingan itu. Kerana insyaAllah, sudah mampu mengecap halawatul Iman (kemanisan Iman).

Ramadhan masih berbaki satu hari, gunakannya. Andai Ramadhan telah berlalu pergi, istiqamahlah. Ramadhankan hari-hari kita yang mendatang seberlalunya Ramadhan. Mudah-mudahan al-Quran dapat dibudayakan dalam hidup kita sehari-hari, insyaAllah.

Taqabballahu minna, wa minkum.



"Allahummarhamna bil Quran. Waj'alhulana imaama wanuura wahuda warahmah."

Tuesday, January 26, 2010

Aqli vs Naqli

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui tentang segala sesuatu.


Malam semalam, saya ke Surau Al-Ghazali sedikit lewat untuk bersolat maghrib kerana berbuka puasa di bilik bersama rakan-rakan (yang walaupun tidak berpuasa, turut sama-sama menjamu selera. Alhamdulillah).

Menjengah ke dalam, saya lihat Ustaz Ismail HEP sedang menyampaikan sebuah tazkirah berkenaan "Ashaabul Kahfi". Saya kurang pasti fokus utama tazkirah tersebut, tetapi saya agak tertarik dengan perbincangan tentang "Aqli vs Naqli".


Aqli atau Naqli?

Dalam tazkirah tersebut, Ustaz Ismail menyatakan yang naqli (Quran dan Hadith) tidak berguna tanpa aqli (akal fikiran). Ustaz Ismail menggunakan analogi memberikan buku kepada monyet. Sia-sia dan tidak bermakna kerana monyet tidak tahu berfikir bagaimana untuk menggunakan buku tersebut.


Secebis Pendapat

Saya bersetuju dengan pendapat tersebut. Cubalah belek naskhah al-Quran dan cuba perhatikan ayat-ayat Kalamullah itu, insyaAllah tidak terkira bilangannya ayat-ayat yang menyatakan tentang "orang-orang yang berakal" dan "mereka yang menggunakan akal fikiran" dan lafaz-lafaz lain yang setara dengannya. Dan lafaz-lafaz ini biasanya dipadankan dengan lafaz atau deskripsi "tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala" seperti kejadian langit dan bumi, kejadian hujan dan kemampuan dan kekuasaan Allah untuk menghidupkan dan mematikan. Sudah jelas yang ayat-ayat ini menjelaskan kepentingan aqli dalam mentafsir naqli. Bukankah al-Quran dan Rasulullah itu sendiri adalah sebahagian dari tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Ta'ala kepada kita?

Tetapi, apa yang saya ingin tekankan di sini adalah kepentingan naqli itu sendiri. Ini kerana banyak di kalangan kita pada hari ini yang terlupa untuk kembali kepada naqli dalam permasalahan harian mereka. Mereka merujuk kepada ideologi dan fahaman orang-orang terkenal hebat pemikiran mereka, tetapi terkadang lupa untuk merujuk kembali kepada sumber Yang Maha Pencipta.

Firman Allah:

"Jika kamu berbeda pendapat di kalangan kamu, kembalilah (rujuklah) kepada Allah (al-Quran) dan PesuruhNya (sunnah Rasulullah) jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat."
[QS 4:59]


Bagi saya, aqli dan naqli ini keduanya bagaikan lautan dan pantai - tidak dapat dipisahkan dan perlu sentiasa bersama. Tanpa salah satu, yang satu lagi mungkin kurang bermakna. Wallahua'lam. :')

Al-Quran dan Sunnah itu panduan kita; akal fikiran pula adalah kemudinya, insyaAllah. :')



"Ya Allah! Jadikanlah hatiku hati yang mencintai al-Quran dan sunnah Rasulullah. Dan janganlah Engkau letakkan hijab antara hati dan 'aqalku dari memahami tanda-tanda kebesaranMu."

Sunday, September 13, 2009

Kembali Mencinta :'D

Smalam ada iftaar WMSO. Alhamdulillah, meriah. Diorang mintak aku imamkan solat (maghrib, isyak dan tarawih). Niat nak tolak tapi sebab insan-insan laen yang bole imamkan sama ada tak dapat hadir atau tidak mampu smalam, lalu rasa seperti menjadi tanggungjawab pulak. Jadi aku terima je.

Alhamdulillah, solat sume selamat ditunaikan secara berjamaah (maaf kalo bacaan kurang baek atau terlalu perlahan, maaf juge kalo solat tue terlalu lama . . . sekadar nak jaga tartil dan tomakninah je). Tetapi, semasa mengimamkan rakaat pertama solat witir, tersangkut pulak bacaan aku pada surah al-A'la. Hurm . . .

Balik je umah skitar pukul 2am selepas sesi "halaqah" bersama saudara-saudarai dari Gigi-Gigiku Sdn. Bhd. di Flat 27 Everton, aku duduk berehat sebentar di hadapan laptop sambil mendengar lagu "Doa" nyanyian Aishah. Entah kenapa, tetiba je terdetik hati mahu toleh ke almari di penjuru bilik. Kat situ aku ternampak Tafsir Quran kecik yang sudah lama aku tak tela'ah. Rasa sayu skejap.

Kemudian aku terfikir: Kalo la Tafsir Quran tue bole bercakap, entah-entah dah lama kot aku dengar isak tangis berderai dari dia. Kenapa? Sebab aku da lama mengabaikannya. Terlalu sibuk dengan urusan dunia dan laen-laen kununnye. Balik keja rasa penat, terlelap. Lepas solat isyak dan tarawih terasa nak pegi toilet pulak. Banyak sungguh alasan nafsu. Walaupon Quran aku cuba jugak untuk curi-curi baca, tetapi sudah agak lama aku tidak "bermesra" dengan Tafsir Quran kecikku itu. Sudah lama rasanya aku tidak tadabbur kalam suci Allah - meneliti makna, menghafaz ayat-ayat baru (bagi aku, lebih mudah hafaz berdasarkan makna, sebab tue gune tafsir) dan memperbaharui serta memperbaiki bacaan ayat-ayat telah aku hafaz. Serius, rasa terpukul bila teringat inilah snanye sebab nape aku bole terlupa bacaan ayat surah al-A'la. Astaghfirullah . . . betapa aku lalai.

Manusia memang pelupa, dan of course, aku pon dua kali lima. Selalu lupa merebut lima peluang seblom tiba lima kesusahan. Ini ingatan untuk aku yang selalu lupa.


Kembali mencinta: Pastikan Quran di hati. :')


Smalam aku bertanya pada diri: Kenapa kita slalu rasa berat dan malas untuk baca Quran? Kenapa kadang-kadang tue rasa susah nak hafaz kalam suci Allah?

Aku draw satu jawapan pendek untuk sume soklan di atas nie: Sebab kita tak pernah cuba nak mengenali Quran. Ramai orang bila jatuh hati pada seseorang, mesti nak cuba kenali hati budi dan selidiki latar belakang mereka. Betul kan? Kenapa kita tak buat camtu dengan al-Quran? Kalo betul la kita cinta Quran dengan sebenar-benarnya, kita mesti cuba untuk mengenalinya - mengkaji latar belakang dan sejarahnya, meneliti setiap inci ilmu dan hukum hakam yang terkandung di dalam, dan senantiasa mahu bertemu dengannya.


Aku teringat satu artikel pasal tadabbur al-Quran yang aku baca beberapa minggu lepas. Ada 10 kunci tadabbur al-Quran:

1) Hati mencintai al-Quran
2) Meluruskan tujuan membaca al-Quran
3) Solat malam bersama al-Quran
4) Membaca al-Quran di malam hari
5) Mengkhatam al-Quran
6) Membaca melalui hafalan
7) Mengulang-ulang ayat yang dibaca
8) Mencari perkaitan antara al-Quran dan realiti kehidupan
9) Membaca secara tartil (perlahan dan tidak tergesa-gesa)
10) Mengeraskan bacaan al-Quran

(sumber: Website ProQuranSunnah)

Diri rasa malu bila tengok checklist nie. Berapa je yang aku da penuhi dengan sebetulnya? Alhamdulillah, dari kunci ke-2 sehingga kunci ke-10 aku slalu cuba atau sudah penuhi. Itu pon, amat sukar untuk istiqamah.

Kenapa agaknye ye?

Bila aku teliti kunci pertama, aku rasa terpukul. Bukan mahu kata diri tidak mencintai Quran - aku memang mencintai Quran, cuma cinta itu agaknya masih belom cukup kuat untuk "melekatkan" Quran itu pada hati.

Sebab itulah ianya menjadi kunci yang pertama. Bagi aku, berjaya memenuhi kunci pertama akan mengundang kejayaan untuk memenuhi kunci-kunci yang seterusnya.


Ini pesanan kepada diri: Kembalilah kepada mencintai al-Quran dengan sebenar-benarnya.



"Allahummarhamni bil Quran, ya Allah!"