Saturday, December 20, 2014

Berpindah!

Dengan nama Allah, Maha Mengetahui segala sesuatu.


Sudah berapa lama saya tidak menulis entri di blog ini? Terasa sedikit kekok membiarkan jemari ini kembali menari di atas papan kekunci, setelah bertahun tidak menulis...


Kesibukan sentiasa menghimpit diri beberapa tahun ini, but all was good. Mudah-mudahan selepas ini dapat meluang masa untuk kembali blogging walaupun sibuk. Doakan ya!

InshaaAllah, entry kali ini ingin berkongsi sesuatu yang menarik. Teruskan membaca. :)

***

Beberapa hari yang lalu, saya telah menimbulkan satu kontroversi dan kekecohan di kalangan pelajar saya di alam maya (Facebook dan Wechat) apabila saya memuatnaik status yang amat ambiguous pada 14 Disember lalu yang berbunyi,

"Rasanya dah tiba masa untuk berpindah..."

Statement tersebut di Facebook dan Wechat menerima banyak komen yang bertanyakan ke manakah saya mahu berpindah . . .

. . . yang telah mengisi idea nakal dalam kotak fikiran saya - ya, cubaan untuk mengenakan para pelajar yang banyak bertanya. It was the longest and most elaborate cyber prank I have ever done, and the result was...unpredictably heart-warming. Rasa berbunga hati ini. Ehehe.

Sebenarnya, status asal saya itu punya maksud lain tetapi melihatkan ramai yang pantas membuat kesimpulan yang saya akan berpindah sekolah, I decided to play along. Dua hari selepas status berpindah yang pertama, saya memuatnaik status berikut:

"Alhamdulillah, telah mendapat keizinan untuk berpindah."

Semakin ramai yang meninggalkan komen - rakan-rakan yang bertanya dan mengucap tahniah, dan para pelajar yang mahukan jawapan. Saya tidak reply langsung di ruangan komen - I left them with their own imagination.

Keesokannya, saya sengaja "memanaskan" lagi keadaan dengan status baharu:

"Alhamdulillah, dah melawat tempat baharu tadi. Semuanya okay walaupun tidak sehebat yang lama."

Status ini diikuti dengan kenyataan mahu mengemas barang-barang di bilik guru dan permintaan andai ada yang sudi menghulur bantuan. Sekali lagi, status ini dibanjir pelbagai jenis komen dari yang bertanya kepada yang mula membuat pelbagai spekulasi. Tidak kurang jugak yang mula kehilangan sabar kerana saya langsung tidak respons. Beberapa orang pelajar mula menghantar chat kepada saya,


Ramai yang bersungguh bertanyakan sebab saya berpindah,


Ada yang begitu concerned and ready to lend their ears andainya saya ada masalah sehinggakan mahu berpindah,


Malah ada yang mula emosional,


Tak kurang juga yang mula merayu agar saya tidak berpindah,



Pelajar-pelajar lelaki pula cuba menyembunyikan perasaan sedih mereka,




Saya sudah mula rasa tersentuh dan terharu dengan responses yang saya terima dari para pelajar yang benar-benar tidak mahu saya berpindah. Akhirnya, saya terpaksa mengalah kepada beberapa orang pelajar perempuan yang hampir menangis and were very close to breaking down.


...tetapi "permainan" ini masih diteruskan lagi!

Bagi memastikan prank ini berjaya, saya telah berkomplot dengan beberapa orang yang telah tahu (pelajar-pelajar perempuan di atas ini dan beberapa rakan sekerja) agar mereka diam dan act natural seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa.

Tiga orang pelajar telah menawarkan diri untuk membantu saya mengemas meja dan packing barang-barang di bilik guru. Mereka juga telah saya beritahu hal sebenar dan mereka berjanji untuk tidak memberitahu rakan-rakan mereka berkenaan prank ini. Usai mengemas meja, saya memuat naik gambar ini dengan caption yang amat ambiguous,



"Meja telah dikosongkan. Tak sabarnya untuk berpindah! Goodbye yang lama. Hello yang baharu."

Ada pelajar yang sudah mula syak bahawa saya hanya akan berpindah meja, tapi tidak kurang juga yang masih bersedih kerana menganggap saya akan berpindah sekolah!

Akhirnya, saya mendedahkan juga hal sebenar kerana kasihan melihat pelajar-pelajar bersedih, terutamanya mereka yang berharap dan menjangkakan saya akan mengajar kelas mereka pada tahun hadapan. I feel so loved!


Honestly, I didn't mean to troll anyone. Saya bersembang dengan seorang rakan sekerja, Cikgu S, yang mencadangkan saya berpindah meja supaya ada ruang untuk meletakkan rak-rak buku untuk projek I Want To Read A Book tahun hadapan. Idea untuk troll tu datang kemudian. Ehehe.

***

Mungkin ada yang tertanya: Kenapa troll pelajar?

Mungkin ada yang tak bersetuju dengan cara saya, but here's my answer:

Belajar zaman sekarang tak sama macam belajar zaman dahulu. Students are more creative these days, tapi kurang hands-on experience. Setakat duduk sahaja dalam kelas, pagi bawa ke malam cuba siapkan kerja rumah...it can be very stressful. Instead of sajikan mereka dengan hiburan-hiburan murahan, a teacher's good sense of humour is what these students need. Kalau guru dan pembelajaran pun mendatar (monotonous) dan tak menarik, bagaimana pelajar nak pupuk minat? At least, bila ada surprises (and trolls!) seperti ini, para pelajar akan berasa lebih teruja dan look forward to learn more. At least that is what I believe.

Selain itu, prank ini juga telah memberikan kesan yang amat positif pada diri saya sendiri sebagai seorang guru. Setiap guru tahu adanya pasang surut dalam karier ini - in fact, lebih banyak down daripada up dengan permasalahan dan kerenah dari pelbagai pihak sehinggakan profesion keguruan ini menjadi sangat stressful. Bila tertekan, mulalah hilang motivasi dan semangat untuk mengajar. Betul? Bila keadaan sebegitu, kita perlukan dorongan untuk membakar semula semangat mengajar itu and from this little prank, I was reminded why I got into teaching profession.

Dari respons para pelajar, I feel needed, loved and appreciated. And these things are the important things that keep all teachers going, to keep us motivated and rekindling our passion in teaching.


Teaching is not only giving; there is give and take in teaching too, after all.





"Ya Allah! Ikhlaskanlah hati ini dalam mengajarkan ilmu dan mendidik generasi muda, sabarkanlah hati ini dengan kerenah mereka, dan janganlah Engkau padamkan semangat ini walau bertahun berada di lapangan dakwah yang kecil ini. Ameen."

5 comments:

hanif danial said...

sir ni jahat la, eee menci mencii

sekolahidup said...

Lamanya laman ni kosong... welcome back... I'm eager to read all your creative write up...

hafiz CHouJi said...

Hanif: Tertipu jugak ka? Ahaha.

Kak Hanis: Thank you. InshaaAllah, I'll try to write more.

ilah said...

Oh well, good you're being positive of the profession. Many are at the edge of burnout after 5 yrs

Unknown said...

haha okay it funny