Saturday, November 28, 2009

Eid-ul-Adha

Dengan nama Allah yang memberi Petunjuk kepada hamba-hambaNya.

Hari nie, tanggal 28 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H, merupakan hari mulia untuk sambutan Aidil Adha di bumi Wellington. Ye, lambat sehari dari Malaysia.

Dan pada hari ini, buat pertama kali sepanjang 22 tahun aku bernafas atas bumi Allah ini, aku membacakan khutbah untuk solat sunat Aidil Adha. Memang berat nak bacakan khutbah tue - dah le aku memang kureng sket bab nak bagi speech nie sebab perlu berhadapan dengan orang ramai (pengakuan eksklusif: ye, aku ada stage fright. Heh) tapi demi memenuhi permintaan saudaraku Aizat (yang juga merupakan "Tok Penghulu" dan junior aku di Welly nie) yang dikasihi kerana Allah, aku turutkan jua dan berganding bahu menjayakan solat sunat Aidil Adha di surau Kelburn: Aizat mengimamkan solat, aku sampaikan khutbah.

Khutbah yang aku sampaikan bertajuk "Kemuncak Pengorbanan". Boleh dapatkan salinan teks khutbah di sini (note: Teks adalah dalam tulisan jawi).

Tanggungjawab menyampaikan khutbah sama besar dan beratnya seperti mengimamkan solat. Tapi bagi aku personally, menyampaikan khutbah itu lebih mencabar. Kenapa menyampaikan khutbah itu lebih mencabar buat aku?

1) Perlu menyampaikannya dengan nada dan intonasi yang baek agar yang mendengar tidak "syahid". Tidak seperti solat yang mana makmumnya mengikuti imam melaksanakan rukun solat, pendengar khutbah hanya duduk diam dan mendengar. Jadi andainya penyampaian khutbah itu membusankan, para pendengar pasti akan "syahid". Ini dari pengalaman sendiri. Heh.

2) Penyampaian khutbah ini antara khatib dan pendengar, di mana ada mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar. Lantas khutbah perlulah mantap dan jelas serta tersusun isinya supaya pendengar mampu mengambil manfaat dari khutbah. Tidak seperti solat kerana solat adalah antara individu/jamaah dengan Allah Taala, di mana imam memimpin makmum.


Banyak lagi yang ingin aku coretkan di sini tetapi masih banyak lagi program laen sepanjang hari nie - nak berziarah ke umah rakan-rakan dan menghadiri umah terbuka. Sekarang aku sekadar mencuri sedikit masa di computer lab uni untuk berkongsi pengalaman aku hari nie.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan:


Selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di serata dunia. Semoga Aidil Adha mampu menjadi titik mula kita untuk berkorban demi Islam. InsyaAllah.


"Ya Allah! Mudahkanlah urusan kami untuk membela agamaMu dan dalam usaha kami untuk mendirikan tiang Islam dan Iman dalam diri kami."

No comments: