Sunday, November 1, 2009

Persoalan, Bukan Ujian Kefahaman

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang tersirat dalam hati setiap manusia.


Semalam, aku diajukan beberapa soalan yang amat tough untuk diberikan jawabannya. Lebih sukar untuk dijawab berbanding soalan-soalan yang biasanya diajukan dalam ujian kefahaman semasa perbincangan dan diskusi ilmiah. Kenapa? Kerna ia menyentuh tentang perkahwinan. *berpeluh*

Di bawah ini adalah soalan-soalan tersebut:

Pertama: Personally, apa matlamat perkahwinan bagi kamu?
Kedua: Kenapa pilih orang yang kamu pilih?
Ketiga: Apa yang kamu rasa kamu boleh capai dengan perkahwinan?
Keempat: Apa yang kamu boleh berikan untuk kebaikan bakal isteri?


Kepada lelaki, berpeluh tak baca soalan-soalan nie? Aku berpeluh sebaldi nak jawab semalam. Agak berterabur juge jawapan aku semalam (kerna tak punya masa untuk berfikir panjang), tapi aku jawab secara jujur mengikut apa rasa hati. Dan dalam entri nie aku mahu berkongsi jawapan-jawapan tersebut, tetapi yang telah dikarang semula dengan lebih tersusun dan terperinci.


Matlamat Perkahwinan
Bagi aku, perkahwinan itu bukan perkara mudah. Bagi seorang lelaki, perkahwinan itu adalah antara perkara paling berat untuk dilaksanakan. Berat tanggungjawab perkahwinan bagi lelaki untuk menjaga isteri dan mendidik anak-anak.

Perkahwinan bukan sekadar mahu menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi yang bukan mahram, atau sekadar kerana mengikut sunnah Nabi. Menyentuh tentang perkahwinan (solat dan puasa secara khusus, dan Islam secara amnya), Anas bin Malik berkata yang Rasulullah telah bersabda:

"Dia yang tidak mengikut Sunnahku dalam beragama, bukanlah dariku (yakni dari pengikut atau ummat Nabi Muhammad)." [Bukhari]

Memang benar, kita mahu berkahwin kerana mengikut Sunnah. Tetapi, bagi aku perkahwinan adalah lebih dari itu. Perkahwinan perlu matlamat, misi dan visi.

Personally, aku berharap dapat perbaiki diri melalui perkahwinan. Bukan maksud aku, kalo tak kahwin tanak jadi baek. Aku mahu jadi seorang Muslim yang lebih baek dan aku percaya perkahwinan itu adalah satu jalan untuk mencapai misi sepanjang hayat ini kerana pabila melaksanakannya berdua bersama teman hidup, beban menjadi lebih ringan. Ditambah pula, aku hanyalah manusia biasa yang mudah alpa dan aku perlukan seorang teman hidup yang bisa mengingatkan aku di kala aku lupa, menjadi penghibur di kala duka.

Dan aku juga punya visi. Bila muhasabah diri, aku sedar banyak kurangnya diri sedari kecil. Memang tiada manusia sesempurna Rasulullah tetapi aku sedikit kesal mengenangkan diri yang tidak cukup usaha untuk menjadi Muslim yang terbaik sedaya aku. Dan aku berterima kasih kepada mak dan abah atas didikan agama yang agak kuat yang diberikan padaku. Kerna asas yang kuat itulah aku mampu "kembali" ke atas jalan ini, menongkah arus cabaran duniawi. Dan inilah visi aku: Aku mahu mendidik anak-anakku nanti untuk menjadi Muslim yang lebih baek dari diriku. Biarlah mereka kenali alif ba ta sebelum ABC, biar mereka kenali sirah sebelum tahu fairytales. Ya, aku mahu berikan mereka asas agama yang lebih baek dari yang aku peroleh dari mak dan abahku. Dan aku harapkan anak-anakku nanti mampu menjadi penyumbang yang lebih besar kepada Islam daripada kecil sumbangan yang aku termampu hari ini.


Siapa Pilihan Hati?

Kini aku sedar siapa yang menjadi pilihan hatiku. Aku dulu hanyut dalam arus duniawi, terpengaruh dengan mentaliti dan ideologi musuh Islam yang perosak lagi merosakkan. Dulu, mungkin aku akan justify pilihan hatiku dengan alasan seperti melihat personalitinya dan bukan luarannya tetapi akhirnya daya luaran juga yang menyebabkan aku tertarik. Malu aku mengenangkan jahil diriku. Bukannya aku tak tahu hadith Nabi tentang memilih calon isteri, tetapi aku yang tidak mengendahkannya.

Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Seorang perempuan itu dikahwini atas 4 perkara: Kekayaannya, latar belakangnya, kecantikannya, dan agamanya. Pilihlah (kahwinilah) perempuan yang baik agamanya.
[Riwayat Bukhari]

Ya, pilihan hatiku kini tidak lagi aku pandang pada daya tarikan luarannya. Aku tertarik dengan agamanya. Tambahan pula, Allah telah pertemukan dia denganku selepas aku tidak lagi berhajatkan jodoh iaitu ketika aku sedang bersendirian dalam proses mensucikan hati dan mencintai Allah dengan sepenuh hatiku.

Aku akui, pilihan hatiku bukanlah perempuan yang terbaek agamanya tetapi aku dapat lihat jauh dalam dirinya keinginan untuk menjadi lebih baek setiap hari, usaha tidak putus untuk memelihara diri, dan keindahan hati serta lemah lembut santun budinya. Semua ini sudah cukup untuk aku jadikan sebab aku memilihnya.


Apa Ingin Aku Capai Melalui Perkahwinan?

Mungkin aku sudah jawab secara tidak langsung dalam persoalan pertama di atas tetapi biarlah aku menjawabnya sekali lagi.

Apa yang aku ingin capai melalui perkahwinan? Banyak yang ingin aku capai yang aku tahu tidak mampu aku capai seorang diri. Dengan bantuan dan supports dari seorang teman hidup yang saling memahami, beban menuju matlamat yang mahu dicapai itu akan jadi lebih mudah dan tidak lagi mustahil.

Aku mahu menjadi insan yang lebih baek. Aku mahu menjadi Muslim yang lebih baek. Dan aku rasakan semua ini tidak lagi mustahil dan lebih mudah dengan dia di sisi sebagai teman hidup yang sah. Dan insyaAllah, bila aku punya anak-anak suatu hari nanti akan aku didik mereka untuk menjadi insan dan Muslim yang lebih baek dari aku. Aku tidak mahu mereka mengulangi kesilapan aku semasa zaman muda remajaku.


Kebaikan Untuk Bakal Isteri

Aku tidak kaya harta. Secara jujurnya, aku sudah tidak pandang sangat kekayaan dunia yang hanya melalaikan aku dari ingat Tuhan. Aku cuma mengumpul duit supaya aku dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah atas muka bumiNya. Tetapi aku sedang berusaha perbaiki diri dengan mangumpul ilmu dan "harta" untuk akhirat kelak. Aku sedar aku bukanlah lelaki terbaek dan mustahil aku mampu jadi sehebat Rasulullah tetapi aku sedar yang aku sekurang-kurang perlu dan mampu mengikut jejak baginda seterdaya mungkin. Dan inilah yang bisa aku tawarkan kepada si dia yang ingin aku kahwini.

Akhlakku mungkin tidak seindah Rasulullah, ilmuku mungkin tidak setanding 'Ali mahupun Luqmanul Hakim tetapi aku sedang cuba seterdaya aku untuk yang terbaek. Dan aku harap dengan usahaku ini aku dapat menjaga dia dan kekalkan dia sebagai insan yang solehah sebagaimana aku mahu menjadi seorang insan yang soleh.

Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: . . . dan aku mengarahkan kamu menjaga perempuan, kerana mereka (diciptakan) dari tulang rusuk dan bahagiannya yang paling bengkok adalah bahagian atasnya; jika kamu cuba betulkannya ia akan patah, tetapi jika dibiarkan ia akan kekal bengkok, lalu aku arahkan kamu menjaga mereka (perempuan). [Bukhari]

Dari hadith di atas, aku sedar tanggungjawab aku sebagai lelaki. Wanita itu diciptakan Allah dari rusuk lelaki yang paling bengkok dan sangat fragile. Dan menjadi tanggungjawab aku untuk "meluruskan"nya, iaitu memimpinnya menuju Allah. Dan aku percaya pada konsep kerjasama dan bersalingan. Aku bukan Rasulullah yang maksum. Aku insan biasa yang terkadang lupa akan matlamat akhirat. Dan aku berharap dapat memimpin isteriku nanti untuk sama-sama memperoleh keredhaan Allah Ta'ala, dan semoga dia menjadi pengingatku di kala aku lupa.

Memetik lirik nasheed Rabbani, aku akhiri jawapan aku. Dan inilah kebaikan yang aku harap dapat aku curahkan kepada insan yang akan bergelar isteri kepadaku, insyaAllah.
Akanku tatahkan hatimu dengan sinar Iman
Akanku hiasi jiwamu dengan kewajipan

[Rabbani, Bidadari]


Sungguh, perkahwinan itu bukan perkara mudah. Ianya tanggungjawab terbesar lelaki selepas mentaati Allah dan ibu bapa

Matlamat perkahwinan ialah Mardhatillah. Perbaiki diri dan pasangan,
lahirkan generasi Islam yang lebih baek. :')
[QS. 64:15]


"Ya Allah! Aku pohon ke hadratMu agar Kau kurniakan kepadaku teman hidup yang baek dan cahayamata yang menjadi penyejuk mataku. Dan Kau jadikanlah aku dari kalangan pemimpin yang takut hanya padaMu dan mengajak ke arah keredhaanMu."

5 comments:

Anonymous said...

amin...

TRAVELLER said...

Salam akh

Subhnallah walhmdulillah

Mg bait al-muslim yg ingin didirikan akan melahirkan rijal yang wara', teguh pendirian & mengikut acuan al-Quran & sunnah.

Mg bakal zawjah yg dipilih adalah yg terbaik & yg dapat memberikan sakinah, mawaddah wa rahmah. Insya Allah.

Mohon beritakn pada kami [~_~] bila tiba waktunya...

[al-furqan:74]

Wallahua'lam

hafiz CHouJi said...

Thanks to saudara atau saudari yang anonymous nie. :')

Nabilah: Syukran jaziilan, ukt Nabilah. Didoakan jodoh yang terbaek buat Nabilah juga.

InsyaAllah akan dikhabarkan bila tiba waktunya nanti. :')

Anonymous said...

uuuu.. post nie ditujukan kepada si dia ke? :P moga2 Allah memudahkan segala urusan kite :D

hafiz CHouJi said...

Bole kata begitu juga, saudara/i anonymous.

Ada sedikit harapan agar si dia terbaca. Walaubagaimanapun, niat paling utama ialah untuk berkongsi rasa hati terutamanya dengan saudara-saudara seagama (lelaki terutamanya) di luar sana yang mungkin bisa terbaca dan beroleh sedikit insight berkenaan apa yang ingin dicari dan dicapai melalui perkahwinan. InsyaAllah. :')