Friday, February 5, 2010

Barakallahu Lakuma

Dengan nama Allah yang menciptakan makhluk-makhlukNya berpasangan.

"Dan di antara tanda-tanda KekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya; dan dijadikanNya di antara (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
[ar-Rum, QS 30:21]


Pada tanggal 6 Februari 2010, seorang sahabat yang saya kenali semasa melanjutkan pelajaran di bumi Wellington, akan di'ijab qabulkan dengan pilihan hatinya (yang juga merupakan kenalan saya). Beliau ialah saudara Muhamad Asyraf Abdul Latif, yang akan melepasi gerbang perkahwinan bersama-sama pilihan hatinya, Azfazila Paiz. Barakallahu lakuma wabarakah, 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.

Sungguh, saya tidak pernah menyangka bahawa mereka akan mendirikan Baitul Muslim dalam tempoh terdekat ini (walaupun gerak hati saya ada membisikkan kemungkinan tersebut). Tetapi saya sememangnya memberikan sokongan padu kepada keduanya atas keputusan ini. Daripada dihurungi dosa bercouple adalah lebih baik awal mendirikan Baitul Muslim, awal juga menerima Sakinah dan Rahmat dari Allah Ta'ala.

Dan di kesempatan ini, saya ingin mendedikasikan nasheed dendangan Maher Zain kepada kedua mempelai. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri undangan walimatul 'urus kalian atas sebab desakan tarikh submission untuk assignment pada 8 Februari. Doa saya, semoga kalian berdua saling mencintai kerana Allah sehingga ke Syurga. Mudah-mudahan beroleh Barakah dan Mardhatillah di dunia dan akhirat, dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah.





Rasa tak sabar pula nak jadi "uncle Chouji". Ehehe. :'D




"Ya Allah! Berkatilah kedua mempelai ini dengan Rahmat dan KasihMu. Limpahi mereka dengan Rahmat dan MaghfirahMu agar mereka berdua saling mencintai hanya keranaMu sehingga ke SyurgaMu; dan agar dengan bersatu keduanya akan membuatkan mereka lebih banyak mengingatiMu. Dan Engkau turunkanlah Sakinah ke atas mereka dan Rahmatilah mereka dengan chayamata yang soleh dan solehah. Ameen."

4 comments:

Anonymous said...

salam hafiz,

barakallahu lakuma wabaraka! ni mungkin bahana takde facebook. bace di blog orang baru dapat tahu. huhu. dengar cite ade warga ACI sorang lagi yang bakal naik pelamin. hafiz mesti dah tau yang ni.

hafiz CHouJi said...

Salam Dyana,

Barakallahu lakuma wabaraki. :')

Owh, ada lagi sorang ACI yang bakal naik pelamin? Dyana maksudkan incik Izzu ke? Kalau yang itu, dah lama tau. Dulu saya "menuntut ilmu bertunang" dari dia juga. Ehehe.

Ke Dyana maksudkan orang lain ye?

irshadian said...

suatu penulisan yang cukup matang untuk menggambarkan siapa hang..bagus bro..bumi kiwi terlalu banyak hikmah..mabrook, aku sendiri tak pandai tulis begini. lepas ni giliran hang pulak!

hafiz CHouJi said...

Salam ukhti,

Syukran jaziilan. InsyaAllah, harap cepat dapat bina Baitul Muslim yang dilimpahi Sakinah dan Barakah. Bukankah itu impian setiap mukmin dan mukminah? Tolong doa-doakan mohon Allah permudahkan jalan menuju ke arah itu. :')

Semoga ang pon cepat bertemu jodoh yang sesuai dan terbaik untuk ang, yang dengannya dapat bersama-sama mencari Mardhatillah. InsyaAllah.