Saturday, March 6, 2010

Hubb ad-Dunya

Dengan nama Allah yang menjadikan kehidupan manusia sebagai ujian Iman.


Ada orang pernah memberitahu saya,

"Jika anda mahu berbicara dengan Allah, solatlah kerana solat itu adalah suatu bentuk doa paling agung kerana kita meletakkan diri paling rendah di hadapanNya. Solat itu tanda penyerahan diri menyeluruh kepada Tuhan. Jika mahu Allah berbicara dengan anda, bacalah al-Quran kerana al-Quran itu adalah Kalam Allah. Al-Quran itu adalah panduan hidup yang dirumus khusus buat setiap manusia."


Benar sekali kata-kata di atas. Bukan sekali saya dapat merasakan yang Allah sedang "berbicara" dengan saya pabila saya mengambil al-Quran, membaca lafaz Arabnya dan meneliti maknanya. Saya tidak fasih berbahasa Arab tetapi sekadar mampu memahami makna ayat pada sentence level dengan menggunakan perkataan yang saya fahami sebagai translation aid.

Tetapi, lain caranya bila Allah sedang "berbicara" kepada kita.

Di mana lainnya? Bagi saya, ayat tersebut terasa seolah-olah glossed dan fokus mata serta hati kan secara instinctive akan fokus padanya. Dan biasanya, ayat yang sedang dibacakan itu punya personal value kepada saya yang sedang membacanya. Kesannya, hati rasa tersentuh kerana merasakan Allah itu dekat dan sentiasa memerhati, lantas segala permasalahan yang sedang menyelubungi diri dan pemikiran dirasakan terungkai sedikit demi sedikit.

Inilah yang baru saya rasakan sebentar tadi. Perasaannya sama (malahan, kesannya kekadang lebih mendalam dan menyeluruh bergantung kepada keadaan hati) setiap kali Allah sedang "berbicara" kepada saya.


***********

Sejak sekian lama, hati saya selalu rasa resah setiap kali memikirkan masalah yang timbul semasa pembahagian harta pusaka. Mungkin kerana dari kecil saya pernah melihat sanak saudara bergaduh, benci membenci dan bercaci maki; lalu timbul rasa takut jika hal yang sama terjadi pada saya.

Sedari kecil sehingga sekarang, saya mencari penyebab musibah yang tidak pernah sunyi dari mana-mana keluarga yang  baru kematian saudara dan membincangkan tentang pembahagian harta pusaka. Saya sangat kecewa bila melihat dua insan yang related by blood boleh bergaduh hingga putus saudara hanya kerana harta yang tak seberapa. Apa puncanya?

Saya pernah membaca buku Purification of the Heart oleh Sheikh Hamza Yusuf yang membicarakan tentang pelbagai penyakit hati yang bersarang dalam hati manusia. Antara penyakit-penyakit tersebut adalah "kecintaan kepada dunia" dan "takut pada kemiskinan harta". Di kala membaca komentar Sheikh Hamza atas puisi Imam Mawlud ini, hati saya bergetar dengan rasa takut kerana inilah jawaban kepada persoalan saya. Ya, semuanya kerana kecintaan kepada dunia (hubb ad-dunya) dan takut miskin harta.

"Syaitan mengugut kamu dengan kemiskinan dan memujuk kamu berlaku tidak adil. Dan Allah menjanjikan kamu Maghfirah dan balasan (yang baik di Akhirat) dan Allah itu luas PengetahuanNya dan Mengetahui setiap sesuatu."
[al-Baqarah, QS 2:268]

***********

Dan baru-baru ini, keresahan sama muncul kembali bila ada pihak yang mempersoalkan tentang harta pusaka arwah mak saya. Secara jujurnya, saya langsung tidak kisah dengan harta pusaka arwah. Andai saya tidak menerima itu dapat mengelakkan sebarang pergaduhan maka saya redha. Tetapi, hati manusia yang dijangkiti penyakit hubb ad-dunya tidak pernah rasa cukup dan mereka sentiasa takut menjadi miskin. Pergaduhan dan pertelingkahan antara sanak saudara seolah-olah tidak dapat dielakkan.

Melihat semua ini, hati saya rasa bagai disentap kecewa. Kecewa dengan perpecahan keluarga. Sama seperti apa yang arwah mak rasa semasa pembahagian harta pusaka arwah nenek.


Ini menyebabkan fokus dan pemikiran saya baru-baru ini sedikit tersasar. Badan selalu rasa lemah dan Iman terasa susut. Tapi Maha Suci Allah yang sentiasa bersama hamba-hambaNya, di kala saya dalam keadaan yang lemah ini Dia telah "berbicara" kepada saya tentang masalah hati saya.

Sebentar tadi, saya membaca al-Quran sebagai rutin harian. Selesai membaca surah Waqiah sambungan bacaan semalam, saya rasa sangat bertenaga untuk menyambung bacaan surah seterusnya. Lalu saya teruskan dengan surah al-Hadid. Sampai pada ayat keempat, mata saya terpaku pada akhiran ayat yang berbunyi:
"... And Allah sees well all that ye do."
[al-Hadid, QS, 57:4]


Saya teruskan bacaan sehingga sampai pada ayat yang kedua puluh. Ayat itu kelihatan seolah-olah "timbul", glossed buat mata saya yang sedang membaca. Terasa seperti faham maksudnya ketika membaca (walaupun in reality, cuma faham beberapa perkataan sahaja). Selesai membaca lafaz ayat, saya teliti tafsirannya dan hampir menitis air mata pabila hati tersentuh membaca tafsiran Yusuf 'Ali dalam bahasa Inggeris:

"Know ye (all), that the life of this world is but play and amusement - pomp and mutual boasting and multiplying (in rivalry) among yourselves, riches and children. Here is a similitude:  how rain and growth which it brings forth, delight (the hearts of) the tillers; soon it withers; thou wilt see it grow yellow, then it becomes dry and crumbles away. But in the Hereafter is a Penalty severe (for the devotees of wrong) and Forgiveness from Allah and (His) Good Pleasure (for the devotees of Allah). And what is the life of this world, but goods and chattels of deception?"
[al-Hadid, QS 57:20]

Hati rasa lega dan senyuman mula terukir di bibir. Di kala hati resah dan fikiran berserabut memikirkan musibah hubb ad-dunya, datang peringatan serta jaminan Allah dari KalamNya. Sungguh, "bicara" Allah itu untuk manusia sekaliannya dan mempunyai personal value bertepatan dengan khusus waktunya.


Peringatan dari Allah yang saya dapat dari ayat di atas:
- Dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan bersuka ria, ianya tidak kekal. Allah memberi perumpamaan tanaman hasilan hujan yang menggembirakan petani. Kegembiraanya hanya sementara dan akan lama-kelamaan hilang.
- Dunia ini penuh tipu daya dan merupakan pentas ujian Iman kita kepada Allah Ta'ala. Harta kekayaan dan anak-pinak yang Allah berikan kepada kita adalah serampang dua mata - ianya membantu menguatkan Iman bagi yang bersyukur dan mengingati Allah dan ianya melalaikan lagi menyesatkan manusia yang mencintai dunia.
- Akhirat adalah tujuan akhir yang lebih utama bagi semua manusia. Allah menjanjikan Maghfirah (keampunan) dan Mardhiah (keredhaan) bagi mereka yang mentaatiNya, manakala balasan 'azab disediakan bagi mereka yang lupa Allah kerana mencintai dunia.



Bukan tujuan penulisan ini untuk menyatakan kebencian kepada dunia. Rasululullah (s.a.w) melarang kita dari membenci dunia kerana Allah menciptakan dunia ini untuk mengajar hamba-hambaNya dan sebagai pentas menguji keImanan kita - sama ada kita mematuhi "kontrak perjanjian" kita denganNya semasa di alam ruh, ataupun kita mengingkari kontrak tersebut.


Cuma, saya kesal dengan insan yang membiarkan penyakit hati hubb ad-dunya menguasai diri, pemikiran dan perbuatan mereka. Harta kekayaan bukanlah segalanya. Berbaloikah kerana harta kekayaan yang tak seberapa dan tidak kekal ini sehingga kita sanggup menggadaikan pertalian silaturrahim yang sangat diberatkan oleh Rasulullah? Sedangkan sesama Muslim telah Rasulullah tekankan yang kita adalah bersaudara, inikan pula yang terhubung dengan pertalian darah. Harta dunia boleh dicari andai tidak mencukupi, tetapi putusnya silaturrahim mengundang 'azab di Akhirat kelak.



Jangan cintai dunia, ianya tidak kekal. Cintai saudara seagama, ianya membawa ke Syurga. :')


Akhir kalam, mari sama-sama ambil seminit dan fikirkan pesanan Nabi Isa (a.s) ini: "Dunia ini hanyalah jambatan; harungi ia untuk ke seberang, tetapi jangan cuba membina di atasnya."

Cukuplah Allah bagi kita semua.


Ini ingatan buat diriku sendiri dan sahabat sekalian yang sudi membaca.




"Wahai Tuhan yang mengamankan hati orang-orang yang takut! Amankanlah hati kami dari apa yang kami takuti. Dan janganlah Engkau biarkan hati kami ini tertawan dengan cantiknya hiasan dunia, ya Allah, sehinggakan kami lalai mengingatiMu dan lupa tujuan asal kami dibiarkan hidup di atas bumi yang fana' ini."

4 comments:

Anonymous said...

Salam,

Sungguh bicara dengan Allah itu paling nikmat! Paling indah saat berdoa padaNya yang Maha Baiiiiikkkk sekali! Semoga sentiasa dipanggil Allah untuk berdoa kepadaNya. Ameen.

* Sudah habis baca The Purification of the Heart?

hafiz CHouJi said...

Salam.

Itu la. Harap diri tidak hanyut terlalu jauh dari Allah sehinggakan tidak mendengar, atau ada hijab yang menghalang kita dari mendengar bicara Allah kepada kita. :')

Alhamdulillah, dah lama habis baca buku Hamza Yusuf tu. Dua minggu lepas balik Malaysia dari Welly lagi. Sekarang ni guna sebagai bahan rujukan. Dyana ada tajuk-tajuk buku lain yang nak dicadangkan?

Anonymous said...

Salam,

Buku latest paling best yang saya baca "Peluru lawan batu: Konflik Palestin dan Israel" oleh Ustaz Maszlee Malik. Memang informatif sebab saya sangatla zero tentang isu ini.

Satu lagi buku, "Agenda to change our condition" oleh Sheikh Hamza Yusuf dan Zaid Shakir. Buku ni memang best tapi xsure ade di pasaran Msia atau tidak. Kalau nak pinjam, boleh bagitau.

Nak mintak tolong Hafiz update satu entri pasal buku kalau ada mana-mana buku yang menarik untuk dibaca.

Jzkk.

hafiz CHouJi said...

Salam.

Kedua-dua buku pun macam menarik jugak. Mungkin bole pinjam bila dah submit CS dan ada masa lapang untuk unwind a bit.

InsyaAllah, bila ada masa nanti saya akan cuba update dengan sebuah entri untuk cadang tajuk-tajuk buku yang menarik untuk dibaca. Saya pun masih tak ada masa nak ke MPH untuk order beberapa judul buku yang saya rasa tak ada di Malaysia.