Dengan nama Allah yang memiliki Nama-nama yang indah.
Saya rasa, kebanyakan dari kita semua tahu dengan apa yang berlaku kepada konvoi keamanan Flotilla yang sepatutnya dihantar ke Palestin. Ya, mereka diserang oleh gerombolan askar Yahudi Zionist dan 16 orang yang tidak berdosa telah terkorban. Saya percaya ramai yang lebih tahu dan up-to-date berkenaan isu ini dari saya sendiri, jadi bukan niat saya untuk melaporkan tentang apa yang berlaku.
Saya sekadar ingin menyuarakan pendapat.
Membaca komentar-komentar berkenaan isu ini di internet - di laman-laman blog and status rakan-rakan di Facebook, saya sedikit kecewa. Kecewa dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepada Yahudi Zionis yang mencabul hak rakyat Palestin serta undang-undang keamanan antarabangsa secara amnya.
Beza Yahudi dan Israel
Pertama sekali, ada baiknya jika saya menjelaskan sedikit tentang perbezaan antara Yahudi dan Israel. Mungkin ramai yang berkata, "Sama je kan Yahudi dan Israel? Laknatullah juga." tetapi lain pula yang tercatat di dalam al-Quran. Ya, kedua-duanya terdapat di dalam al-Quran tetapi setiap lafaz ditujukan kepada golongan yang berbeza.
Menurut pembacaan dan kajian saya sendiri (maaf, tiada sumber yang dapat sertakan di sini), Bani Israel merujuk kepada keturunan Nabi Ibrahim a.s melalui anak baginda iaitu Nabi Ishak a.s. Kebanyakan mereka imannya tidak kukuh, maka oleh itu Allah telah utuskan ramai para Nabi dan Rasul untuk memimpin mereka kembali kepada Allah. Dan antara nabi dan rasul tersebut ialah Nabi Musa a.s. Ya, Bani Israel inilah yang telah ditindas oleh Firaun sepertimana yang tercatat di dalam al-Quran.
Untuk melepaskan diri dari cengkaman zalim Firaun, Allah telah memerintahkan Nabi Musa a.s. untuk memimpin kaumnya untuk berhijrah ke Kan'an (yang kini dikenali sebagai Palestin). Kan'an pada ketika itu diduduki oleh satu puak yang kuat. Bani Israel yang sememangnya suka mempertikaikan perintah Allah mula mempersoalkan tentang kebarangkalian mereka untuk berjaya mengambil alih Kan'an. Nabi Musa a.s yang marah dengan segolongan besar Bani Israel yang enggan memasuki Kan'an bersama baginda telah mengharamkan mereka ini dari menjejaki Kan'an selama 40 tahun. Mereka inilah yang pada hari ini kita kenali sebagai bangsa Yahudi. Mereka inilah bangsa yang tiada tanahair kerana tidak mahu menuruti perintah Tuhan mereka.
Kenapa Yahudi? Golongan yang diharamkan masuk ke Kan'an ini dikenali sebagai Yahudi kerana mereka ini berasal dari keturunan seorang Bani Israel bernama Yahudha (maaf, jika silap pada ejaan). Beliau adalah salah seorang dari mereka yang enggan menuruti perintah Allah untuk memasuki Kan'an dan juga merupakan salah seorang daripada ketua mereka yang merempat di luar Kan'an.
Jadi, tindakan mereka menduduki Palestin selepas Perang Dunia ke-2 adalah dengan alasan mengambil semula tanah air yang kononnya telah dijanjikan Tuhan.
Negara Israel adalah negara yang tidak sah kerana bangsa Yahudi adalah bangsa tanpa tanahair
(Nota tambahan: Zionis pula merujuk kepada fahaman sebahagian besar puak Yahudi kini yang dengan jelas bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Mereka inilah yang dikatakan akan menjadi pembantu kepada al-Masih ad-Dajjal Laknatullahi 'alaih)
Mengapa Mencela?
Sungguh, seperti yang telah dijelaskan di atas Yahudi sememangnya satu bangsa yang acapkali ingkar perintah Allah Ta'ala. Merekalah bangsa yang telah Allah tukarkan menjadi kera kerana ingkar larangan menangkap ikan pada hari Sabbath (iaitu hari Sabtu, yang merupakan hari suci dan mulia kepada Bani Israel sepertimana hari Jumaat kepada umat Islam dan hari Ahad kepada umat Kristian). Mereka juga bangsa tanahair yang diharamkan memasuki Kan'an. Malahan mereka jugalah bangsa yang banyak membunuh nabi-nabi yang diutuskan dari kalangan mereka sendiri sepertimana nasib yang menimpa Nabi Yahya a.s.
Ya, mereka tidak berperikemanusiaan. Mereka kurang ajar. Lebih teruk lagi, mereka ini ingkar perintah Allah Ta'ala. Tetapi mari kita bertanya kepada diri kita sendiri beberapa soalan ini sebelum kita mahu mula mencela dan mengeluarkan kata nista kepada mereka:
1) Sudahkah kita menjadi hamba yang ta'at kepada Pencipta kita? Atau kita sendiri masih terkial-kial sekadar untuk menjalankan tanggungjawab untuk menjadi seorang Muslim yang ta'at?
2) Sudahkah kita menjadi anak yang ta'at kepada kedua ibubapa kita? Atau kita masih acapkali membuatkan mereka menitis airmata?
3) Sudahkah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada saudara seagama kita - para sahabat dan jiran tetangga kita? Atau kita masih dibuai arus materialistik dunia?
4) Sudahkah kita mensucikan hati dengan mempraktikkan sifat mahmudah? Atau kita masih lagi dikuasai hati yang kotor dinaungi sifat mazmumah?
Luangkan seminit untuk menjawab persoalan-persoalan ini kepada diri sendiri. Hitung kelemahan diri dan muhasabah setakat mana kita telah menjadi Muslim yang baik sebagaimana yang dituntut Allah dan diajarkan melalui Rasulullah s.a.w.
Bagaimana?
Secara peribadi, saya akui saya masih lagi bukan seorang contoh Muslim yang baik (walaupun keinginan dan usaha untuk baiki itu ada). Dan atas sebab itu, saya merasakan yang saya tiada hak untuk mengutuk mana-mana makhluk Allah yang lain Sebagai seorang Muslim, kita ada hak kepada Allah, kepada sesama makhluk dan hak kepada alam sekitar kita yang perlu dipenuhi. Dan Islam mengajar kita untuk menghormati sesama makhluk Allah dan tidak menyakiti antara satu sama lain - inilah hak sesama manusia yang perlu kita penuhi, walaupun mereka tidak beragama Islam. Mari lihat hadith di bawah:
Dari Ibnu Abu Laila bahwa ketika Qais bin Saad r.a. dan Sahal bin Hunaif r.a. sedang berada di Qadisiyah, tiba-tiba ada iringan jenazah melewati mereka, maka kedua berdiri. Lalu dikatakan kepada keduanya: "Jenazah ini adalah termasuk dari penduduk tempatan (orang kafir)." Mereka berdua berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah dilewati iringan jenazah, lalu beliau berdiri. Ketika dikatakan: Jenazah itu Yahudi,
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bukahkah ia juga manusia?"
[Riwayat Muslim]
Benar, tujuan asal hadith ini adalah untuk mengingatkan kita tentang kematian tetapi pada masa yang sama, Rasulullah s.a.w. sedang mengajar kita untuk menghormati sesama makhluk Allah. Sedangkan Rasulullah sendiri menghormati jenazah orang Yahudi, lalu apa hak kita untuk mengutuk, melaknat dan mencerca dengan kata nista kepada bangsa Yahudi yang sedang hidup melata di bumi Allah?
Bukan tidak boleh membenci, tetapi biar betul caranya. Islam mengajar kita
membenci perbuatan yang mengingkari perintah Allah Ta'ala, bukan membenci makhluk ciptaanNya. Sesama insan, biarlah kita manis berbicara dan lemah-lembut serta berpekerti dalam tindakan, walau kita dilayan dengan buruk sekalipun. Saya sangat menyanjungi dan mengkagumi tindakan seorang sukarelawan keamanan beragama Islam yang telah merawat seorang tentera Yahudi Zionis yang cedera (sepertimana yang ada dilaporkan dalam sebuah media elektronik) walaupun telah nyata tindakan tentera-tentera Zionis telah menzalimi mereka.
Bagi saya, inilah contoh pekerti dan akhlak yang patut dipamerkan oleh setiap Muslim - sentiasa berakhlak mulia walau ditindas sekalipun.
Tindakan Kita
Usahlah kita membazir masa dan tenaga kita dengan mencerca Yahudi Zionis. Pada pendapat saya, banyak lagi perkara yang lebih berfaedah boleh kita lakukan, contohnya:
1) Berdoalah di setiap solat dan waktu yang terluang, memohon bantuan Allah kepada saudara seagama kita yang ditindas di seluruh dunia terutamanya di Palestin dan Gaza.
2) Sebarkan maklumat tentang kekejaman tentera Zionis Yahudi melalui medium yang kita mampu seperti blog dan Facebook dengan intonasi informatif, bukan menghasut dan dipenuhi emosi.
3) Menyertai demonstrasi aman atau menandatangani petisyen menentang tindakan zalim Yahudi.
4) Sumbangkan bantuan dalam bentuk tenaga atau dana kewangan kepada saudara seagama kita.
5) Memboikot produk-produk Yahudi yang diyakini menyumbang kepada penindasan saudara seagama kita.
Ada banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan untuk menyalurkan bantuan kepada saudara seagama kita yang tertindas di serata dunia yang tidak saya sertakan di sini.
Banyak pilihan kita ada untuk membantu mereka. :')
They say, "every little act of kindness can make a difference." Jadi, marilah mulakan usaha kita membantu rakyat Palestin dan menentang kekejaman Yahudi dengan menandatangani petisyen ini [
klik untuk link].
Saya sudah tandatangani petisyen ini. Anda pula bagaimana?
"Ya Allah, ya Tuhan kami! Tuhan Muhammad, dan Tuhan Musa - Engkau Maha Mendengar dan Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Hantarkanlah bantuanMu dalam bentuk yang tidak disangka-sangka kepada saudara-saudara seagama kami yang sedang ditindas di serata dunia, sepertimana Engkau pernah menghantar kumpulan beburung Abaabil untuk menghancurkan tentera Abrahah dan bantuan angin mengaburi pandangan tentera musyrik di peperangan Badar. Sungguh, hanya kepada Engkaulah tempat kami mengadu nasib dan bermohon pertolongan. TanpaMu kami ini lemah, ya Allah!"