Dengan nama Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia.
Pernahkah anda rasa sesuatu yang tak kena dengan ketulan daging di dalam rongga dada kiri anda? Rasa berat yang mencengkam, seolah-olah ada yang sedang berlawan tarik tali di situ. Kadang-kadang denyutan menjadi laju dan rasa serba tidak kena -- bagaikan sedang merasa risau akan sesuatu.
Atau mungkin itu emosi yang menyelubungi hati tersebut.
Mungkin juga akibat Iman yang berkurang.
Entahlah.
Yang pastinya, dari masa ke masa perasaan itu datang. Akan pasti datang dan mengganggu tumpuan dan fokus hati yang sepatutnya hanya milik Yang Esa lagi Maha Pencipta itu. Cinta dalam hati ini hanya patut untukNya.
Mungkin juga Dia sedang menguji hati kita pabila rasa itu tiba. TarbiyyahNya dalam pelbagai bentuk dan cara, dan kebanyakannya dalam bentuk dan cara yang kita paling tak sangka. Sungguh, Allah jua yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu dan Dia jugalah Perancang Terbaik.
Dan daku serahkan segala urusan hati ini kepadaMu, ya Allah!
Buat hati kecilku, ini ingatan buatmu: "Bertenanglah dikau dari gelodak rasa ini. Ingat, ketenanganmu adalah dalam mengingati Allah."
-p/s: Sekadar mahu berkongsi sebuah klip video yang pada saya, dirasakan sangatlah menarik untuk ditonton. Sebagai ingatan bersama, terutamanya buat diri sendiri yang selalu leka dan alpa.
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia di hujung dua jemariMu! Janganlah Engkau balikkan hatiku ini kembali kepada kekufuran dan kemungkaran setelah Engkau kenalkan aku pada nikmat dan manisnya CintaMu. Tetapkanlah aku atas JalanMu, atas AgamaMu."
No comments:
Post a Comment