Tuesday, September 28, 2010

Minta Tolong Boleh?

Dengan nama Allah yang Maha Luas PerbendaharaanNya.


Mungkin ramai yang sudah membaca cerpen terbaru tulisan saya bertajuk Pegang Pada Janjiku. Asalnya, cerpen itu ditulis sekadar untuk mengisi masa terluang di 'Aidilfitri di samping berkongsi fikrah tentang beberapa konsep Islami berkenaan pertunangan, pernikahan dan hubungan lelaki-perempuan menurut Islam.

Alhamdulillah, saya telah ditawarkan oleh seorang sahabat untuk memanjangkan cerpen tersebut yang asalnya hanyalah sepanjang 8 mukasurat kepada 20 mukasurat supaya ianya dapat diterbitkan bersama beberapa cerpen-cerpen Islami lain dalam sebuah buku. Hasil-hasil karya telah dihantar kepada PTS untuk dipertimbangkan sama ada layak atau tidak untuk diterbitkan.

Jadi di sini saya ingin memohon jasa baik para sahabat yang mengenali saya dan rakan pembaca yang kenal atau tidak mengenali, di mana jua kalian berada; untuk sama-sama mendoakan agar karya-karya tersebut terpilih untuk diterbitkan oleh PTS Publications sebagai bahan bacaan Islami alternatif untuk umat Islam di Malaysia.

Sekiranya terpilih dan akan diterbitkan, saya akan khabarkan di sini nanti. Jika tidak terpilih, insyaAllah akan saya kongsikan Pegang Pada Janjiku "extended version" di ruangan blog ini.

Jasa baik kalian mendoakan saya didahulukan dengan ucapan terima kasih tak terhingga. :')




"Ya Allah! Hanya kepadaMu kami berserah segala urusan kami. Andai ianya baik untuk kami, berkatilah. Andai ianya tidak baik untuk kami, jauhilah."

8 comments:

azarsyafiq said...

you've got my support bro..cerpen tu mmg best =)

sekolahidup said...

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

safiyyah said...

amin..

safiyyah said...

amin...

iynas said...

insyaAllah :-)

hafiz CHouJi said...

Terima kasih semua. :')

dianakamal said...

Salam hafiz,

Baru perasan entri ini. Best of luck! Ameen Ya Robb!

hafiz CHouJi said...

Salam.

Terima kasih, Diana. :')