Friday, December 31, 2010

Recuperate

In the name of Allah, Most Gracious.


I can say, right now is one of the bad times for me. I am at my worst emotional state that I really need a break to recuperate my spirit and emotions.

Everything seems so wrong right now. Even sitting in front of this laptop makes me feel depressed so much.

I need a break. Maybe a long break.

To everyone, I have deactivated my Facebook account for a while and might not be seen online for a while - for a  day or two? Or more? I don't know. Until I recover my spiritual and mental energies, I'll be away. Away from this cyber world.

But yeah, I am reachable through my phone though. So friends from IPBA out there who is reading this, please update me about posting if there is any new news, okay? I appreciate such effort. To everyone, please pray that I will recuperate and recover my spirit and emotion as soon as possible. Thank you.

Tuesday, December 7, 2010

Coretan Hidup

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Bila saya rasa tak sedap hati dan kepala berserabut, saya akan menulis. Menulis membantu saya menyalur keluar perasaan di samping mengungkai kekusutan di minda.

Dan kali ini saya menulis tentang satu kisah benar.


CORETAN HIDUP

Tanggal 24 November, jam 6.15 pagi.

Pagi itu tenang. Udara pula nyaman menyambut kepulanganku dari Kuala Lumpur. Bimbang terlepas waktu Subuh, aku bersegera ke surau yang disediakan di stesen keretapi Butterworth. Walaupun keadaan surau itu agak daif, aku bersyukur kerana masih ada (walaupun tidak seramai yang aku harapkan) yang berkunjung ke sini. Alhamdulillah, dapat juga menunaikan solat Subuh berjamaah bersama beberapa orang penumpang keretapi lain.

Selesai menunaikan solat, aku duduk sebentar di ruangan menunggu keretapi berhawa dingin bersama-sama beberapa orang penumpang yang mahu ke Hatyaai. Stesen itu sunyi. Penumpang-penumpang lain hanya berbaki lima orang dan kesemuanya kelihatan mengantuk. Selang-seli kesunyian itu dipecahkan dengan bunyi seorang lelaki Cina menguap. Aku melihat jam tangan: 6.45 pagi. Masih terlalu awal untuk menaiki bas pulang ke rumah.

Lalu ku buka komputer riba untuk mendapatkan akses internet bagi mengisi masa yang terluang. Bateri computer ribaku masih mampu bertahan lebih setengah jam. Selang sepuluh minit, seorang lelaki berbangsa asing menghampiriku dan bertanya,

Could you please check on the internet how would I get easiest access to UUM? The bus company here said they aren’t able to go to Arau due to the current flood.

Well, yes. It’d be my pleasure,” aku membalas ringkas. Jemariku laju mengetuk papan kekunci komputer riba mencari maklumat yang diperlukan.

Gee, it’s very convenient to bring along computers everywhere. Easy access to internet at any hotspot,” lelaki asing itu mengomel sendirian yang barangkali ditujukan kepadaku. Aku hanya mengangguk dan menjawab “Yup” sambil menyimpul senyum.

I’d reckon you should take a bus to Changlun, then you can take either local bus or taxi to go to UUM. That’ds be the best way to get there,” saya menjelaskan. L elaki asing itu mengangguk sambil mencatatkan maklumat penting berkenaan tempat dan arah tuju dalam buku nota kecil dari saku baju kemejanya. Dengan ucapan “thank you very much, you were a great help” lelaki itu beredar. Aku kembali melayari internet sehingga komputer ribaku kehabisan bateri.

Sedang aku menyimpan kembali komputer ribaku ke dalam beg, lelaki asing itu kembali mendekatiku dengan sebekas donut. “Please, treat yourself to as many doughnuts you can eat,” katanya dengan senyuman lebar. Aku menolak tawarannya dengan sopan, beralasankan yang aku sudah bersarapan.

Kini tepat jam 7.30 pagi ketika aku sampai ke hentian menunggu bas Penang Sentral.

Satu persatu bas Rapid Penang bernombor 602 ke Padang Serai ku cari tetapi tiada satu yang kelihatan. Sungguh mengecewakan, bas yang aku tunggu masih belum kelihatan. Aku pun duduk dengan sabar sambil mendengar dendangan lagu Maher Zain dari telefon bimbitku.

Ketika sedang khusyuk melayan lagu Insha Allah, seorang lelaki Cina dalam pertengahan 30-an atau awal 40-an berlalu di hadapanku. Dia tersenyum. Aku membalas senyumannya. Lelaki itu duduk di sebelahku. Aku kembali menyambung lamunan ditemani selawat dari lagu Ya Nabi Salaam ‘Alayka. Ketika menghampiri akhir lagu tersebut, aku dikejutkan dengan teguran dari lelaki Cina tersebut:

Lu mau ke Palang Selai aa?

Aku segera mencabut earphone dari telingaku dan meminta lelaki itu mengulangi soalannya.

Lu mau ke Palang Selai aa?” lelaki itu mengulangi soalannya. Palang Selai? Apa itu? Lama aku cuba mencerna soalannya. Oh, mungkin dia maksudkan “Padang Serai”. Sudah lama tidak mendengar Cina bercakap bahasa Malaysia dengan pelat yang pekat begitu. Aku tersenyum dan mengangguk kepala,

Ya, mau ke Padang Serai.

Lu asai mana?” lelaki itu bertanya lagi dan loghat utara yang dihiasi pelatnya yang pekat itu. Tasek Gelugor, aku menjawab ringkas.

Tasi Gelugot aa? Situ ala misejid?

Aku kaget sebentar. Mungkin perasaan terkejut itu jelas terpancar di raut wajahku, lelaki itu segera menjelaskan,

Wa juga olang Iselam oo. Nama wa Hash-yim.

Lelaki itu mengeluarkan sekeping dokumen dilapisi plastik laminate dari beg sandangnya lalu diserahkam kepadaku. MOHD HASHIM CHEAH BIN ABDULLAH jelas terpampang di bahagian atas dokumen itu diikuti testimoni oleh seorang ustaz bernama Ahmad bin Zakaria, “… beliau baru memeluk agama Islam dan memerlukan bantuan untuk mempelajari Islam. Sekiranya mampu bantulah …” Aku segera mengalih pandangan ke muka lelaki Cina di sebelahku. Menyedari situasi sebenar yang lelaki Cina di sebelahku juga seorang Muslim, aku segera mengangguk dan menjelaskan yang Tasek Gelugor ada banyak masjid dan salah satunya berada benar-benar di tepi jalan.

Kenapa mahu pergi masjid di Tasek Gelugor?

Wa kina halau dali lumah,” jawabnya pendek. “Keluarga wa halau wa sebab wa masuk Iselam.

Hashim memandangku dengan mata yang sayu sebelum menyambung,

Keluarga wa halau wa. Dia olang mau wa keluar Islam tapi wa tak mau woo. Wa tak da tempat tinggai, itu sebab wa mau pigi misejid.

Aku mengangguk.

Lu asai mana?

Wa asai Kidah. Aloq Sitaq.

“Oh, Aloq Setaq. Kenapa lu tak balik sana?”

“Wa talak luit. Wa cuma ala luit syilin tiga linggit tiga pulu sin,” jawab Hashim. “Wa semalam makan lua loti saja oo. Lu tak picaya lu buley tanya itu tokey kidai makan…

Takpa, tak perlu.” Aku meneliti Hashim. Badannya sedikit berbau, mungkin sudah lebih seharian tidak mandi. Mukanya kelihatan letih dan lesu. “Berapa harga tiket balik Aloq Setaq?

Sipuluh linggit.

Aku mengeluarkan dompet dari saku seluar dan memeriksa jumlah wang yang aku ada. Sekeping nota sepuluh ringgit, sekeping nota lima ringgit, dan tiga keping nota seringgit. Aku mengeluarkan nota wang sepuluh ringgit dan ku hulurkan kepada Hashim.

Nah, buat beli tiket balik ke Aloq Setaq.

Dengan ucapan alhamdulillah dan terima kasih, Hashim menyambut wang tersebut dan berlalu pergi. Aku kembali mendengar dendangan lagu ketuhanan dari Maher Zain.

Tidak sampai lima belas minit, Hashim terpacul di hadapanku. Dia menghulurkan sekeping kertas berwarna biru cerah kepadaku. Tiket ke Alor Setar. Harga: RM9.95. Aku mengembalikan tiket tersebut kepada Hashim yang menyambutnya dengan senyuman riang.

Telima kasih aa. Sikalang balu wa picaya apa Ustat Mat cakap sama wa.

Ustaz Mat cakap apa sama lu?

Ustat Mat cakap sama wa, ‘Hash-yim, lu aa jangan takut. Olang Iselam lamai woo. Lu buley mintak tolong sama dia olang, dia olang akan tolong woo.’ Sikalang wa lasa wa miming buat keputusan betui punya bila wa masuk Iselam walaupun kina halau dali lumah.

Aku hanya mampu tersenyum, menahan diri sebaik mungkin dari menitiskan air mata terharu mendengar ucapan yang terpacul dari mulut saudara baruku ini. Aku sendiri tidak tau apa yang mungkin terjadi kepada Iman di dada Hashim sekiranya aku tidak membantu. Apalah sangat sepuluh ringgit untuk harga sebuah Iman bagi seorang saudara baru yang sedang mencari kebenaran Tuhan yang Esa.

Apalah sangat nilai duit jika dibandingkan dengan harga sebuah Iman

HONK!


Kuat kedengaran bunyi hon bas Rapid Penang bernombor 602 ke Padang Serai. Aku segera meminta diri untuk menaiki bas tersebut. Hashim menghulur tangan untuk bersalaman dan aku segera menyambutnya mesra.

Ketika bas 602 itu bergerak, Hashim sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah naik basnya ke Alor Setar, bicara hati kecilku. Dalam bising deru enjin bas tersebut, aku berdoa kepada Allah supaya membantu saudara baru yang bernama Mohd Hashim Cheah ini. Pimpinlah dia ke jalan yang benar, dan peliharalah Imannya. Ameen . . .



"Ya Allah! Hidayah itu milikMu. Kau berikanlah kepada mereka yang layak dan berusaha. Dan janganlah pula Engkau menarik balik nikmat Hidayah itu setelah Engkau berikan kepada mereka. Semoga daku berada dalam golongan mereka itu, ya Allah!"

Wednesday, December 1, 2010

Berubah Angin

Dengan nama Allah yang Mengetahui segala yang Tersurat dan Tersirat.


Saya pernah berjanji pada beberapa teman untuk menjadikan laman ini sebagai suatu wadah ilmu dan tempat untuk saya membincangkan idea dan pendapat tentang apa-apa cabang ilmu mahupun berkenaan apa-apa isu semasa yang boleh memberi manfaat kepada pembaca (sekiranya ada).

Tapi saya juga hanyalah manusia biasa yang acapkali dirundung masalah dan adakalanya emosi menjadi kurang stabil untuk menulis sesuatu yang baik dan bermanfaat.

"Once a writer, always a writer."

Mungkin. Tapi dalam kes saya, ianya sesuatu yang tepat. Because I express myself best in written words. Pun begitu, tidak semua perkara yang hendak saya tulis itu sesuai untuk menjadi tatapan umum. Perlu saya akui, dalam keadaan dan ketika sekarang ini agak sukar mencari seseorang yang bisa dikongsikan segala isi hati, emosi dan perasaan.

Teman itu wujud tetapi sukar dicapai pabila saatnya amat diperlukan. Teman hidup pula masih belum ada. Jadi untuk itu, biarlah blog saja yang mendengar luahan isi hati dan rintihan rasa selain didengari yang Maha Mendengar.

Tapi bukan di sini. Biarlah laman itu private dan menjadi rahsia saya dan yang Maha Mengetahui Segala yang Tersurat dan Tersirat. Dan mungkin akan dikongsikan dengan teman hidup nanti siapa jua beliau itu, insyaAllah.


Usah risau. Saya akan masih menulis di sini andainya saya rasakan ada sesuatu yang bermanfaat bisa saya nukilkan di sini, insyaAllah. :')



"Ya Allah! Hanya kepadaMu jualah daku serahkan seluruh jiwa ragaku."