Sunday, January 23, 2011

Sempurna

Dengan nama Allah yang Maha Sempurna.


Maaf kerana diri ini
tidak sempurna
dan penuh kelemahan.
Maaf kerana diri ini
tidak memahami
asas yang penting.
Maaf juga
kerana diri ini
kaku dan
tiada inisiatif.
Dan maaf,
kerana diri ini
berbeda
dari yang lain.

Bukannya tidak mencuba.
Cuma tidak kena
caranya.

Friday, December 31, 2010

Recuperate

In the name of Allah, Most Gracious.


I can say, right now is one of the bad times for me. I am at my worst emotional state that I really need a break to recuperate my spirit and emotions.

Everything seems so wrong right now. Even sitting in front of this laptop makes me feel depressed so much.

I need a break. Maybe a long break.

To everyone, I have deactivated my Facebook account for a while and might not be seen online for a while - for a  day or two? Or more? I don't know. Until I recover my spiritual and mental energies, I'll be away. Away from this cyber world.

But yeah, I am reachable through my phone though. So friends from IPBA out there who is reading this, please update me about posting if there is any new news, okay? I appreciate such effort. To everyone, please pray that I will recuperate and recover my spirit and emotion as soon as possible. Thank you.

Tuesday, December 7, 2010

Coretan Hidup

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


Bila saya rasa tak sedap hati dan kepala berserabut, saya akan menulis. Menulis membantu saya menyalur keluar perasaan di samping mengungkai kekusutan di minda.

Dan kali ini saya menulis tentang satu kisah benar.


CORETAN HIDUP

Tanggal 24 November, jam 6.15 pagi.

Pagi itu tenang. Udara pula nyaman menyambut kepulanganku dari Kuala Lumpur. Bimbang terlepas waktu Subuh, aku bersegera ke surau yang disediakan di stesen keretapi Butterworth. Walaupun keadaan surau itu agak daif, aku bersyukur kerana masih ada (walaupun tidak seramai yang aku harapkan) yang berkunjung ke sini. Alhamdulillah, dapat juga menunaikan solat Subuh berjamaah bersama beberapa orang penumpang keretapi lain.

Selesai menunaikan solat, aku duduk sebentar di ruangan menunggu keretapi berhawa dingin bersama-sama beberapa orang penumpang yang mahu ke Hatyaai. Stesen itu sunyi. Penumpang-penumpang lain hanya berbaki lima orang dan kesemuanya kelihatan mengantuk. Selang-seli kesunyian itu dipecahkan dengan bunyi seorang lelaki Cina menguap. Aku melihat jam tangan: 6.45 pagi. Masih terlalu awal untuk menaiki bas pulang ke rumah.

Lalu ku buka komputer riba untuk mendapatkan akses internet bagi mengisi masa yang terluang. Bateri computer ribaku masih mampu bertahan lebih setengah jam. Selang sepuluh minit, seorang lelaki berbangsa asing menghampiriku dan bertanya,

“Could you please check on the internet how would I get easiest access to UUM? The bus company here said they aren’t able to go to Arau due to the current flood.”

“Well, yes. It’d be my pleasure,” aku membalas ringkas. Jemariku laju mengetuk papan kekunci komputer riba mencari maklumat yang diperlukan.

“Gee, it’s very convenient to bring along computers everywhere. Easy access to internet at any hotspot,” lelaki asing itu mengomel sendirian yang barangkali ditujukan kepadaku. Aku hanya mengangguk dan menjawab “Yup” sambil menyimpul senyum.

“I’d reckon you should take a bus to Changlun, then you can take either local bus or taxi to go to UUM. That’ds be the best way to get there,” saya menjelaskan. L elaki asing itu mengangguk sambil mencatatkan maklumat penting berkenaan tempat dan arah tuju dalam buku nota kecil dari saku baju kemejanya. Dengan ucapan “thank you very much, you were a great help” lelaki itu beredar. Aku kembali melayari internet sehingga komputer ribaku kehabisan bateri.

Sedang aku menyimpan kembali komputer ribaku ke dalam beg, lelaki asing itu kembali mendekatiku dengan sebekas donut. “Please, treat yourself to as many doughnuts you can eat,” katanya dengan senyuman lebar. Aku menolak tawarannya dengan sopan, beralasankan yang aku sudah bersarapan.

Kini tepat jam 7.30 pagi ketika aku sampai ke hentian menunggu bas Penang Sentral.

Satu persatu bas Rapid Penang bernombor 602 ke Padang Serai ku cari tetapi tiada satu yang kelihatan. Sungguh mengecewakan, bas yang aku tunggu masih belum kelihatan. Aku pun duduk dengan sabar sambil mendengar dendangan lagu Maher Zain dari telefon bimbitku.

Ketika sedang khusyuk melayan lagu Insha Allah, seorang lelaki Cina dalam pertengahan 30-an atau awal 40-an berlalu di hadapanku. Dia tersenyum. Aku membalas senyumannya. Lelaki itu duduk di sebelahku. Aku kembali menyambung lamunan ditemani selawat dari lagu Ya Nabi Salaam ‘Alayka. Ketika menghampiri akhir lagu tersebut, aku dikejutkan dengan teguran dari lelaki Cina tersebut:

“Lu mau ke Palang Selai aa?”

Aku segera mencabut earphone dari telingaku dan meminta lelaki itu mengulangi soalannya.

“Lu mau ke Palang Selai aa?” lelaki itu mengulangi soalannya. Palang Selai? Apa itu? Lama aku cuba mencerna soalannya. Oh, mungkin dia maksudkan “Padang Serai”. Sudah lama tidak mendengar Cina bercakap bahasa Malaysia dengan pelat yang pekat begitu. Aku tersenyum dan mengangguk kepala,

“Ya, mau ke Padang Serai.”

“Lu asai mana?” lelaki itu bertanya lagi dan loghat utara yang dihiasi pelatnya yang pekat itu. Tasek Gelugor, aku menjawab ringkas.

“Tasi Gelugot aa? Situ ala misejid?”

Aku kaget sebentar. Mungkin perasaan terkejut itu jelas terpancar di raut wajahku, lelaki itu segera menjelaskan,

“Wa juga olang Iselam oo. Nama wa Hash-yim.”

Lelaki itu mengeluarkan sekeping dokumen dilapisi plastik laminate dari beg sandangnya lalu diserahkam kepadaku. MOHD HASHIM CHEAH BIN ABDULLAH jelas terpampang di bahagian atas dokumen itu diikuti testimoni oleh seorang ustaz bernama Ahmad bin Zakaria, “… beliau baru memeluk agama Islam dan memerlukan bantuan untuk mempelajari Islam. Sekiranya mampu bantulah …” Aku segera mengalih pandangan ke muka lelaki Cina di sebelahku. Menyedari situasi sebenar yang lelaki Cina di sebelahku juga seorang Muslim, aku segera mengangguk dan menjelaskan yang Tasek Gelugor ada banyak masjid dan salah satunya berada benar-benar di tepi jalan.

“Kenapa mahu pergi masjid di Tasek Gelugor?”

“Wa kina halau dali lumah,” jawabnya pendek. “Keluarga wa halau wa sebab wa masuk Iselam.”

Hashim memandangku dengan mata yang sayu sebelum menyambung,

“Keluarga wa halau wa. Dia olang mau wa keluar Islam tapi wa tak mau woo. Wa tak da tempat tinggai, itu sebab wa mau pigi misejid.”

Aku mengangguk.

“Lu asai mana?”

“Wa asai Kidah. Aloq Sitaq.”

“Oh, Aloq Setaq. Kenapa lu tak balik sana?”

“Wa talak luit. Wa cuma ala luit syilin tiga linggit tiga pulu sin,” jawab Hashim. “Wa semalam makan lua loti saja oo. Lu tak picaya lu buley tanya itu tokey kidai makan…”

“Takpa, tak perlu.” Aku meneliti Hashim. Badannya sedikit berbau, mungkin sudah lebih seharian tidak mandi. Mukanya kelihatan letih dan lesu. “Berapa harga tiket balik Aloq Setaq?”

“Sipuluh linggit.”

Aku mengeluarkan dompet dari saku seluar dan memeriksa jumlah wang yang aku ada. Sekeping nota sepuluh ringgit, sekeping nota lima ringgit, dan tiga keping nota seringgit. Aku mengeluarkan nota wang sepuluh ringgit dan ku hulurkan kepada Hashim.

“Nah, buat beli tiket balik ke Aloq Setaq.”

Dengan ucapan alhamdulillah dan terima kasih, Hashim menyambut wang tersebut dan berlalu pergi. Aku kembali mendengar dendangan lagu ketuhanan dari Maher Zain.

Tidak sampai lima belas minit, Hashim terpacul di hadapanku. Dia menghulurkan sekeping kertas berwarna biru cerah kepadaku. Tiket ke Alor Setar. Harga: RM9.95. Aku mengembalikan tiket tersebut kepada Hashim yang menyambutnya dengan senyuman riang.

“Telima kasih aa. Sikalang balu wa picaya apa Ustat Mat cakap sama wa.”

“Ustaz Mat cakap apa sama lu?”

“Ustat Mat cakap sama wa, ‘Hash-yim, lu aa jangan takut. Olang Iselam lamai woo. Lu buley mintak tolong sama dia olang, dia olang akan tolong woo.’ Sikalang wa lasa wa miming buat keputusan betui punya bila wa masuk Iselam walaupun kina halau dali lumah.”

Aku hanya mampu tersenyum, menahan diri sebaik mungkin dari menitiskan air mata terharu mendengar ucapan yang terpacul dari mulut saudara baruku ini. Aku sendiri tidak tau apa yang mungkin terjadi kepada Iman di dada Hashim sekiranya aku tidak membantu. Apalah sangat sepuluh ringgit untuk harga sebuah Iman bagi seorang saudara baru yang sedang mencari kebenaran Tuhan yang Esa.

Apalah sangat nilai duit jika dibandingkan dengan harga sebuah Iman

HONK!


Kuat kedengaran bunyi hon bas Rapid Penang bernombor 602 ke Padang Serai. Aku segera meminta diri untuk menaiki bas tersebut. Hashim menghulur tangan untuk bersalaman dan aku segera menyambutnya mesra.

Ketika bas 602 itu bergerak, Hashim sudah tidak kelihatan. Mungkin sudah naik basnya ke Alor Setar, bicara hati kecilku. Dalam bising deru enjin bas tersebut, aku berdoa kepada Allah supaya membantu saudara baru yang bernama Mohd Hashim Cheah ini. Pimpinlah dia ke jalan yang benar, dan peliharalah Imannya. Ameen . . .



"Ya Allah! Hidayah itu milikMu. Kau berikanlah kepada mereka yang layak dan berusaha. Dan janganlah pula Engkau menarik balik nikmat Hidayah itu setelah Engkau berikan kepada mereka. Semoga daku berada dalam golongan mereka itu, ya Allah!"

Wednesday, December 1, 2010

Berubah Angin

Dengan nama Allah yang Mengetahui segala yang Tersurat dan Tersirat.


Saya pernah berjanji pada beberapa teman untuk menjadikan laman ini sebagai suatu wadah ilmu dan tempat untuk saya membincangkan idea dan pendapat tentang apa-apa cabang ilmu mahupun berkenaan apa-apa isu semasa yang boleh memberi manfaat kepada pembaca (sekiranya ada).

Tapi saya juga hanyalah manusia biasa yang acapkali dirundung masalah dan adakalanya emosi menjadi kurang stabil untuk menulis sesuatu yang baik dan bermanfaat.

"Once a writer, always a writer."

Mungkin. Tapi dalam kes saya, ianya sesuatu yang tepat. Because I express myself best in written words. Pun begitu, tidak semua perkara yang hendak saya tulis itu sesuai untuk menjadi tatapan umum. Perlu saya akui, dalam keadaan dan ketika sekarang ini agak sukar mencari seseorang yang bisa dikongsikan segala isi hati, emosi dan perasaan.

Teman itu wujud tetapi sukar dicapai pabila saatnya amat diperlukan. Teman hidup pula masih belum ada. Jadi untuk itu, biarlah blog saja yang mendengar luahan isi hati dan rintihan rasa selain didengari yang Maha Mendengar.

Tapi bukan di sini. Biarlah laman itu private dan menjadi rahsia saya dan yang Maha Mengetahui Segala yang Tersurat dan Tersirat. Dan mungkin akan dikongsikan dengan teman hidup nanti siapa jua beliau itu, insyaAllah.


Usah risau. Saya akan masih menulis di sini andainya saya rasakan ada sesuatu yang bermanfaat bisa saya nukilkan di sini, insyaAllah. :')



"Ya Allah! Hanya kepadaMu jualah daku serahkan seluruh jiwa ragaku."

Friday, November 26, 2010

The Wait

In the name of Allah who Knows us better than we know ourselves.


I was bored and feeling a bit down. So I wrote this story to cheer myself up. This is hundred percent fiction. :')

THE WAIT

It was a sultry moonlit night. There was no soothing breeze blowing that night leaving the train passengers soaking in sweat. Even the air conditioners were not working properly. Feeling dehydrated, I went to get a soft drink from the food vendor opposite the station.

“That’s two ringgit, son. You have to be patient,” said the old lady from the vendor. Why? I asked. “Because the train is going to be real late tonight.”

I went back to the station. I looked for an empty seat near the air conditioner and I spotted a nice seat next to a married couple with their only son of about four years of age. I sat there sipping my iced soft drink while reading a book.

I was not sure how long have I been reading the book when I felt somewhat sleepy. I looked at my wristwatch and it was already half past midnight. Geez, where is the train? I thought to myself.

I have been waiting for one and a half hour and there was no sign of the train. Most passengers looked very upset and tired. I noticed the children who were running around the station playing tag earlier were now snoring aloud in their parents’ lap near one corner of the station. Next to them, a group of teenagers who were laughing very loudly while snapping a lot of pictures were now furious and some of them were cursing the train company and its bad management. Not far from the management office, a staff from the train company were sweating and stammering in answering a lot of questions in the language they were not fluent in when two middle-aged foreigners confronted him, demanding an explanation as to why the train was late. Anywhere in the station were faces of people fatigued with this long wait. This included the couple next to me.

“I hate this!” the wife raised her voice. “We have waited for more than two hours already. Where is the train?”

“Hush, love. You are going to wake Adam,” said the man calmly.

“But the train is late!”

“I know, I know . . . but be patient, okay? Everyone else is in the same shoes as we are. Okay, Anis?” The man reached for his wife’s hand and held them tightly in his. His eyes met mine and he smiled. I smiled too. Blushed, I lowered my head and looked at the floor. I was an unmarried man anyway. I always get embarrassed at the sight of married people cuddling (even though they look so sweet).

“The train management is so irresponsible! They could have at least made an announcement telling us that the train would be late, can’t they?” the man’s wife continued her protest. Their son made a sobbing sound and she comforted him. She wiped his sweat and rocked him in her lap until he feel back to sleep. “I’m going to complain about this!” she added in a lower voice, almost whispering to his husband.

“Anis, do you want to hear a story?” the man asked his wife after a few moments’ silence. I put down my book so that I could listen more attentively to the story. The wife nodded.

“Do you remember when we first met?”

“Of course I remember! We always talk about it, don’t we?”

The man nodded. From the man’s description, I understood that they met during their final year’s studying abroad. It was because the woman was late to class one day and she missed the last bus to campus. That was when the man, in his shabby car, stopped by and asked whether she wanted a ride as he was also going to campus.

“I still remember how you stammered when you wanted to ask me to ride on your car!” the woman laughed a little when she pinched her husband’s cheek.

Her husband was red with little embarrassment. “What do you expect? I was single and you were so pretty. It made me nervous, you know!”

“Luckily I was single at time, right? I have just broken up with my ex-boyfriend.”

“I was lucky because you were single, you say?” the man smiled cheekily. “You got it wrong, dear.”

“You mean . . .”

“Yes, I knew you two years earlier but I didn’t dare talk to you because I knew you had a boyfriend.”

“And you waited for two years . . . ?”

“Yes, I did,” the man smiled sweetly. “And the wait was worthwhile.”

The woman blushed. She realized now that her two-hour wait for the train was nothing compared to how painful the two years’ wait her husband had endured to wait for her. She pecked lightly on his husband’s cheek while thanking him. I smiled witnessing the scene. How sweet.

 Do you wait patiently? :')

As for me, I learnt another valuable thing from this married couple: Good things come to those who wait patiently. The man waited patiently for the woman and they are now living happily as man and wife. So I guess, there must be something good in store for me for this wait? I do not know. But I strongly hope so.

Because good things surely come to those who wait patiently.



"O Allah! I beseech Thee to grant me patience and to place me with al-Muqarrabeen."