Tak tahulah kenapa, tetiba aje terdetik keinginan untuk menulis dalam BM. Agaknya dah rasa muak menulis dalam English kot? Ahaha~ . . . mungkin juga.
Semalam aku pasang niat nak pergi nonton perlawanan badminton rakan-rakan di Pusat Rekreasi, tetapi apakan daya terjaga hanya selepas jam 11 pagi. Inilah akibat tak boleh tidur malam. Dah biasa berjaga ke pagi menyiapkan esaimen la kununnye. Heh.
Selepas membersihkan diri, ku panjat naik ke uni untuk solat Jumaat. Betul-betul depan hentian bas setentang bangunan Easterfield, kelihatan seorang jejaka kacak tersengih dari jauh. Beliau menutup kepala beliau dengan hud jaket beliau. Hanya gigi yang putih berseri menyapa dari jauh. Beliau ialah Paul Takabiri yang berasal dari Kiribati, rakan serumahku tahun lepas ketika aku menetap di 61 Fairlie Terrace. Kami berbual panjang sementara aku menanti bas nombol 23 untuk ke Newtown. Kami berborak berkenaan pelajaran dan haluan hidup. Beliau akan pulang ke Kiribati bulan hadapan setelah menyelesaikan pembelajaran beliau di sini.
Dan bas nombol 23 pon tiba.
Aku naik bas itu dan duduk sambil mendengar lagu-lagu jiwang karat dari mp3. Hala tujuku ialah Newtown - mahu mendapatkan stok sardin dalam tin dari Moshim kerna aku da janji sama Eny untuk sediakan sedikit makanan ringan untuk menonton perlawanan ragbi antara All Blacks dan Perancis. Bas aku naiki itu menyusur perlahan menuruni Salamanca Road, melepasi The Terrace, membuat pusingan di Parliament dan turun ke bandar.
Di persimpangan James Smith-Manners Mall, sepasang suami isteri menaiki bas tersebut bersama tiga orang remaja hiphop. Si isteri menolak kereta sorong bayi dan si suami mendukung anak mereka menaiki bas tersebut. Si suami membayar tambang bas dan si isteri mahu duduk di kerusi istimewa yang telah dikhususkan buat orang-orang kurang upaya dan orang-orang tua. Tetapi ada seorang wanita yang duduk di situ. Pasangan suami isteri itu meminta dengan sopan agar wanita tersebut beralih ke kerusi yang lain kerna mereka mahu menggunakan kerusi itu untuk memuatkan kereta sorong bayi. Walaubagaimanapun, wanita tersebut enggan dan berkeras mahu terus duduk di situ. Si suami membisikkan kepada isterinya untuk mengalah dan duduk di kerusi lain tetapi si isteri berkeras dan tetap meminta agar wanita tersebut beralih tempat duduk. Si wanita hilang sabar dan menaikkan suara beliau. Si isteri tersentak. Dikuasai emosi, si isteri lantas turun dari bas dan berlalu bersama kereta sorong bayi, meninggalkan si suami terkebil-kebil sendirian. Tanpa membuang masa, si suami turun dan mengejar si isteri. Semua penumpang terdiam menyaksikan drama tersebut. Dan bas terus bergerak bagaikan tiada apa yang telah berlaku.
Perlahan, dalam kesibukan lalu lintas, bas nombol 23 meneruskan perjalan menyusuri Manners Street ke Courtenay Place. Tiba di Courtenay Place, bas nombol 23 pon berhenti.
Para penumpang bas nombol 23 terdiam seketika kerna antara penumpang yang naik kali ini adalah pasangan suami isteri tadi. Si isteri, ternampak kelibat si wanita yang terkebil-kebil memerhatikan mereka, terus turun dengan muka yang masam. Si suami, terkesima dek tingkah laku isterinya, pantas memohon maaf kepada si pemandu bas dan si wanita. Berikut ialah perbualan mereka:
Si suami: Maafkan isteri saya.
Pemandu: Tak mengapa.
Si suami: Maaf ye? [memandang si wanita] Bukan salah kamu. Isteri saya memang ada masalah sikit hari ni.
Si wanita: Memang salah saya!
Si suami: Saya betul-betul minta maaf. [berlalu mendapatkan si isteri yang berjalan masuk ke Courtenay Mall]
Si wanita: Salah saya.
Pemandu: Lelaki tu dah kata bukan salah kamu, kan?
Si wanita: [meninggikan suara] Tapi memang salah saya!
Pemandu: Kenapa nak tinggikan suara kat saya? Lelaki tu dah kata bukan salah kamu . . . tapi kalau kamu rasa salah kamu, suka hati kamulah! Tak kuasa aku nak layan! [menekan pedal minyak]
Si wanita: [terkesima]
Tatkala bas nombol 23 mula memacu laju, salah seorang dari tiga orang remaja hiphop tadi bersorak kepada si pemandu bas, "Cayalah brader! Lu hebat dowh!" Bas nombol 23 bergema dengan tepuk sorak dari tiga orang remaja hiphop tersebut. Si wanita hanya mampu terdiam dengan muka yang mula merah penuh rasa malu.
Oh, dan aku? Aku hanya diam dan berpura-pura seolah-olah aku tidak faham bahasa Inggeris sambil kepala ligat memikirkan tajuk entry yang sesuai untuk menceritakan perihal apa yang telah terjadi di atas bas nombol 23.
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
haha..so kesimpulan nya siapa yg salah..? adakah saye..? heee~
hahaha..cerita menarik?
tajuk letak ah...
"Salah Siapa??"
Budak kecik:
Salah siapa bukan persoalannya. Yang cuba di-highlight-kan di sini adalah keenseman pacik driver bas tue. Series cool~
Owh ye, maybe juge salah kamu snanye. Ahaha~
Mawi:
Ahaha. Saja je tulih entry yang random camni. Lagipon fokus utama bukan pasal salah siapa, tapi adalah ke-cool-an pacik driver tue sound balik si wanita tersebut. Ahaha~
omg.. awkward gile kot?? ishh. kat negara yang kire developed nie ade lagi yang kurang sivik! takleh terima..
Well, well. Itu la manusia. Banyak kerenah. Sebab Allah cipta kita semua berbeda luar dan dalam.
Dan aku hanyalah salah sorang dari manusia tue, cuma lebih suka menyaksikan kerenah orang laen. Ehehe~
Post a Comment