Hanya beberapa hari lagi sebelom Ramadhan tiba ke bumi NZ ini. Sedikit berdebar rasa di hati, takot tak sempat ketemu. Tapi lebih terasa lonjakan di hati kerna diri berharap untuk mengisi Ramadhan kali ini dengan lebih banyak amalan soleh, tidak seperti tahun-tahun yang lalu ketika diri hanyut di dalam arus dunia.
Tahun nie aku berazam nak revisit amalan-amalan yang pernah menjadi amalan wajib tahunan bersempena Ramadhan, yang malangnya makin aku "ter"tinggalkan bila makin tua remaja. Aku nak pastikan aku:
1) Abes khatam Quran sepanjang Ramadhan, preferably satu juzuk setiap malam.
2) Tanak tertinggal Tarawih. Keja bukan alasan, bole je buat sorang-sorang lepas balik keja. Saket pon bukan alasan, masih bole tunaikan juge.
3) Menjaga mulut dan hati dari perasaan mazmumah sesama insan.
4) Melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedeqah dan lain-lain dengan kadar yang lebih banyak.
Bunyi macam agak sukar untuk dicapai tapi jika yakin dan istiqomah, insyaAllah mampu. Allah akan bantu mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan. :')
Dan owh, di sini aku nak kongsi sebuah nasheed dari Rabbani yang bertajuk Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. [klik sini]
Walaupon lirik dah ada kat video tue, aku nak kongsi jugak kat sini~ :'D
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ahlan wa sahlan, marhaban
Ahlan wa sahlan, ya Ramadhan
Ramadhan menjelma lagi
Menghimpun Rahmat dan Maghfirah
Bertambah keberkatannya
dengan amal ibadah
Diri tunduk keinsafan
dan rasa berdosa
Bulan kemuliaan yang dikurniakan ini
Usah biarkan berkatnya
berlalu sia-sia saja
Ia hadir bagai air bah
membasuh daki dunia
Sambutlah Ramadhan dengan jiwa terbuka
seperti ketibaan orang yang kita cinta
Dengan ucapan
Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya Ramadhan
Hati gembira pintu terbuka
Rahmat Allah Yang maha Besar
Kita beroleh mutiara hikmah Al-Quran
Lantas dibelenggu nafsu dan syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan yang dibuat balasannya syurga
"Allahumma, balighna Ramadhan! Ya Allah, ketemukanlah kami dengan Ramadhan! Ameen~"
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam
Insya Allah hafizuddin
Moga Allah menyucikan kita dari segala dosa lepas sempena bulan ramadhan ni. Moga apabila bulan ramadhan tamat, kita telah berjaya menyuciakn diri dari segala karat dan kotoran dosa serta gain taqwa.
Selamat bermujahadah pada bulan ramadhan. Moga kita semua berjaya!
insya Allah
Allahumma ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik...
wallahua'lam
'Alaikissalam, Nabilah.
Shukran jaziilan masykurah.
Harap-harap semua usaha kita beribadah diredhai dan diterima Allah. Dan mudah-mudahan tidak kita kembali hanyut ke dalam arus duniawi.
Allahumma balighna Ramadhan . . .
aminnnn,iAllah Ramadahn nie ramadhan ag bek drp b4 dis...nak2 kalo ak 1st tyme d bumi biri2+asing...meti kna ag hebat coz xbnyak dugaan(for me lah,huhu)..ko choc,jgn lpa bnykkn sedekah roti sosej+tuarina kat stepod ea:)
Bagos la Ngel, ko ada niat yang suci untuk banyakkan ibadah. Jangan ingat tak banyak cabaran. Aku pon dulu ingat camtu tapi skang bila reflect balik, ntah mane masa aku bazirkan untuk buat ape ntah. Hurm.
InsyaAllah. Ada rejeki ko, dapat la makan lagi tuatarina aku dan insyaAllah dapat rasa roti sosej aku. Tapi aku tamo antar ke Stepod kot . . . jaaaaauuuuuuh sangat tue. :'P
Post a Comment