Dengan nama Allah yang tiada permulaan dan tiada pengakhiran.
Beberapa hari ni, saya mengalami demam yang agak teruk. Demam yang biasanya saya panggil sebagai "demam kombo" kerna setiap kali ia datang, pasti demam itu datang bersama sama ada batuk, pening kepala, selsema, sakit otot dan kesukaran bernafas. Atau datang bersama kesemuanya sekali. Ya, saya sungguh bertuah kerana demam yang biasanya datang setahun sekali ni datang dalam kombo terhebatnya dan ada satu hari tu saya langsung tidak dapat bangun dari katil. Sungguh menyeksakan. Nasib baik ada roommates yang ambil tahu. Terima kasih kamu berdua!
Daripada Aisyah (r.anha) dari Nabi (s.a.w), Baginda bersabda yang maksudnya: “Demam adalah dari panas api Neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air.”
[Riwayat Muslim]
Bila dahi kita panas ketika demam, kita akan cari kain untuk dibasahkan dan didemah pada dahi kita. Kan? Mungkin itu tindakan refleks orang yang rasa terseksa dek "kepanasan" demam itu. Menurut hadith riwayat Sayyidatina Aisyah di atas, panasnya demam itu adalah dari panas api Neraka yang mendidih. MashaAllah! Itu baru tempias panas Neraka dan kita acapkali mengeluh pabila menderita demam. Mampukah kita menahan panas sebenar Neraka Allah itu? Na'uzubillah . . . mohon perlindungan Allah dari terpaksa merasa azab sebenar Neraka. Cukuplah tempias panas pada demam ini sebagai peringatan.
Di sepanjang saya terlantar di atas katil, banyak perkara yang bermain di fikiran. Fikiran melayang memikirkan tentang banyak perkara yang biasanya tidak sempat untuk difikirkan dek kesibukan harian untuk memenuhi academics demands.
Ketika terbaring itu, saya terfikir tentang MATI. Betapa mati itu sangat dekat dengan kita semua. Itulah janji Allah yang cukup pasti untuk semua makhlukNya. Sedangkan si Pencabut Nyawa juga Allah telah janjikan ajalnya. Jadi, siapa kita mahu bermegah dengan sedikit kejayaan duniawi sehingga lupa pada Pencipta. Setiap kali terfikirkan hal ini, jantung bergetar kencang. Takut andai disapa si Pencabut Nyawa sebelum sempat melafazkan sesal di dada atas kelemahan diri kepada Pencipta.
Ketika terbaring itu juga, setiap kali saya hampir-hampir mengeluh kerana kesakitan yang tak tertahankan, saya pasti teringat kembali pesanan rakan-rakan yang sakit itu adalah kifarah dosa. Betapa Allah sayangi mereka yang Dia ujikan dengan sakit. Di kala teringatkan janji Allah yang satu ini, senyum kembali terukir walau kesakitan fizikal tiada satu pun yang berkurang. Tapi saya pasti, Allah tidak membebankan hamba-hambaNya dengan apa yang mereka tidak mampu menanggung [QS, 2:286].
Sungguh, sakit itu kifarah dosa dari Yang Maha Pengasihani. Mari lihat hadith ini:
Diriwayatkan daripada Jabir (r.anhu) yang maksudnya:
Diriwayatkan daripada Jabir (r.anhu) yang maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah (s.a.w) telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bertanya: “Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?"
Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya.”
Nabi (s.a.w) bersabda: “Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana ia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimana landasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi.”
[Riwayat Muslim]
Waktu sihat ingat Allah, waktu sakit ingat Allah berkali ganda. :')
Allah itu Maha Pengasihani, bukan? :')
"Ya Allah! Engkau tahu apa yang terbaik untuk diriku. Andai sakit ini baik untuk diriku, maka aku redha dengannya. Dan semoga aku Engkau masukkan ke dalam golongan orang-orang yang bersabar."
4 comments:
demam juga satu bentuk ujian. datangnya bukan melemahkan, tapi mengajar kita untuk kuat dan tabah. dan untuk mengingatkan kita padaNya kerna kita manusia sering sahaja leka dari mengingatiNya. itu tandanya Allah sayangkan kita, sebab Dia tak pernah melupakan kita =)
orang yang jarang sakit antibodinya tak cukup kuat. sekarang antibodi anda bertambah kuat insyaAllah. tahniah! hehe..
Terima kasih, Hana. Sungguh, Allah tak pernah melupakan kita bahkan kita yang acapkali melupakan Dia di waktu gembira. :'(
Anyways, antibodi bertambah kuat bila sakit. Tapi kalau selalu sangat sakit tu, macam mana ye? Sekadar bertanya, bukan pasal saya. Ohoho.
bila penyakit masuk dalam badan kita, antibodi dah boleh recognize bacteria/virus/foreign substance (antigen) penyebab penyakit tu. jadi ia mula bina sistem ketahanan terhadap that identified antigen. so kalau antigen yang sama masuk lagi, badan dah kuat untuk lawan. mungkin sakit tak seteruk dulu. sakit sikit-sikit je, then dah ok.
yang selalu sakit-sakit ni biasanya sebab antigen yang masuk tu adalah antigen yang lain. sebab virus untuk flu pun tak terkira banyaknya.
tapi ada sesetengah orang yang dilahirkan memang x mempunyai antibodi yang kuat. banyak faktor. sebab tu pemakanan ibu mengandung sangat penting untuk pastikan anak dalam kandungan dia terima semua khasiat secukupnya, termasuk antibodi. bolehlah rujuk pakar. saya dah lama tak belajar bio. hehe..
belajar bio plak hari ni kan.hehe..
Wah, penerangan panjang lebar tetapi dalam ayat yang mudah difahami!
Terima kasih, future-biotech-expert~
Semoga dapat banyak membantu Islam di masa hadapan. :')
Saya memang setuju tentang pemakanan untuk kesihatan. Dapat rasa sebenarnya bila makan merapu, badan rasa tak berapa sedap. Nafsu makan meningkat. Tapi kalau makan yang berkhasiat dan ikut Sunnah, alhamdulillah rasa sentiasa cukup je.
Kena mula fikir pasal dietary pemakanan yang sihat. Nanti dah berkeluarga dan ada anak-anak, semua tu nak kena jaga. :')
Post a Comment