Monday, August 2, 2010

Bagai Melepaskan Layang-Layang

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.


Anda pernah bermain layang-layang?

Di kala angin bertiup kencang, itulah waktu terbaik untuk bermain layang-layang.

Gulungan tali anda capai lalu diikatkan pada tulang tengah rangka layang-layang. Dengan bantuan rakan yang memegang layang-layang, anda berlari-lari anak menentang arus deruan angin dan perlahan-perlahan layang-layang itu terapung di atas deruan angin. Perlahan-lahan si layang-layang terbang semakin tinggi dan sedikit demi sedikit gulungan tali anda lepaskan supaya si layang-layang boleh terbang lebih tinggi. Dan lebih tinggi lagi.

Masih ingatkah anda?

Tiba-tiba tiupan angin menjadi lebih kencang. Terlalu kencang. Cepat-cepat tali yang dilepaskan tadi anda gulung kembali supaya layang-layang terbang lebih rendah. Agar layang-layang kembali dekat dengan anda, sang pengemudinya. Memang, hati siapa tak melonjak gembira melihat layang-layang sendiri terbang tinggi tetapi dengan angin yang kencang sebegini, tali pun bisa putus dan layang-layang kan terbang jauh dari pandangan anda.

Putusnya tali bererti suatu kehilangan. Layang-layang yang anda usaha sendiri membuatnya, atau diberikan sebagai hadiah kepada anda oleh orang lain.

Sanggupkah?

2 comments:

dianakamal said...

Salam hafiz,

Mendalam sekali maksudnya...

hafiz CHouJi said...

Salam, Diana.

Kan? Boleh apply dalam pelbagai aspek kehidupan. Dapat frasa "bagai melepaskan layang-layang" semasa berbual mesra dengan seorang kerani veteran di SMKBJ tentang isu pendidikan. Mungkin saya akan tulis sedikit tentang perbualan tersebut jika punya masa. InsyaAllah. :')