So yeah, this time I'm sharing the lyric of a classic nasheed I listened when I was a kid. Didn't mean much to me back then, but it means a lot to me now. :')

Bila Hati Berbicara
oleh: al-Wadi
Sesekali hatiku berbicara,
Tentang hakikat hayatku di dunia,
Apakah hanya untuk bergembira?
Atau di sana adanya rahsia?
Hidup di dunia yang penuh tipu daya,
Pendaulatan nafsu ada di mana-mana.
Kepada-Mu Tuhan daku pasrahkan,
Memohon petunjuk, sumber keimanan.
Oh Tuhanku!
Batinku merayu
Pimpinlah daku
ke arah Redha-Mu.
Kerana jiwaku
yang kekosongan
Memerlukan Taufiq
dalam kehidupan.
Oh Tuhanku!
Ampuni dosaku
kerana derhaka
pada perintah-Mu.
Kerana dulu
ku mengikut nafsu,
Namun segalanya
menyiksa hidupku.
*
Hanya padaMu
tempatku mengadu,
Mengemis simpati
mengharap kasihMu.
Kan ku 'abdikan
diri untukmu Tuhan,
Sebagai kaffarah
dosa keterlanjuran.
Nak dengar nasheed nie? Sila [klik sini].
"Ya Allah! Ku pohon ke hadratMu yang Maha Kuasa mengawal hati-hati manusia. Andai ada secebis rasa ragu di hatiku, Kau padamkan ia dengan titis-titis Iman. Andai hatiku cenderung untuk kembali ke zaman dosaku, Kau tambatlah diriku dengan rantai istiqamah. Ameen . . ."
2 comments:
Allahumma, ya muqqalibal qulub, thabbits qulubana 'ala deenik...
Ameen, ya Allah! Innaka antas Sami'ul Basir . . .
Post a Comment