Smalam hari pertama sambutan hari raya 'Aidilfitri di bumi New Zealand. Mungkin tidak semeriah tahun sebelumnya, tapi tahun nie lebih bermakna lagi buat aku.
Malam raya, aku pegi bertakbir di umah Kay (aku terdengar ada isak tangis dari jamaah pompuan. Hati rasa sayu tapi tahan air mata dari meleleh sebab teringat kat mak dan abah). Pastu pegi gotong-royong kat Flat 21L Everton, tempat tinggal gadis-gadis manes. Sronok rasa bila dapat menghulurkan bantuan bergotong-royong nie (walaupon aku sedar aku lagi banyak buat bising dan kacau-bilau dari membantu), especially malam raya. Dapat rapatkan hubungan silaturrahim yang seblom nie kurang rapat dan banyak kenangan, cerita dan ilmu yang dikongsi bersama. Terima kaseh, teman-temanku sekalian!
Balik ke rumah malam tue, susah nak tido. Excited sebab nak raya
Kemudian naek Estima dengan Shaq dan rakan-rakan laen ke MSD untuk menunaikan solat sunat 'Aidilfitri. Sambutan agak meriah tapi macam ada something lacking somewhere, dunno what. Tapi aku tak kesah pon. Balik MSD, aku pegi umah 222A The Terrace. Lepak dengan rakan-rakan sampai terlupa nak drop by kat Everton. :'(
Nie snapshots dari MSD:
Seblom pergi Rumah Malaysia, aku singgah umah Yuyu kejap. Tak makan pon kat sana, sekadar berziarah. Di Rumah Malaysia pon macam kurang meriah je aku tengok. Tapi muka sume yang hadir kelihatan gumbira. Itu suda cukup kan? Ehehe~
Lihat gadis-gadis manes ini. Mereka kelihatan gembira kan? :'D
Balik beraya, aku teros pegi keja. Agak letih sebab sepanjang hari aku da terlalu hyper. :'P
II Secebis Rasa dan Pendapat
Beberapa hari seblom raya, acapkali aku dengar dari teman-teman di perantauan (sama saja sama ada di Wellington, Aussie atau Europe) yang mereka tak ada mood mau berhari raya. Mungkin kerana perbezaan budaya sambutan dan semestinya kerana merindui famili dan sanak saudara di tanah air.
Aku bertanya pada diri, "apakah hari raya bagi aku?" Selepas berkira-kira, jawapan aku ada 3:
1) Bertakbir
2) Bermaafan
3) Berziarah
Juadah hari raya tidak termasuk di dalam definisi raya aku kerna aku tidak begitu berkira tentang makanan. Asalkan ada, alhamdulillah (walaupon masa kecik-kecik dulu aku slalu pastikan mak aku beli kuih raya nama batang buruk. Ngee~). Sekiranya aku dapat melaksanakan 3 perkara di atas, hari raya 'Aidilfitri sudah cukup bermakna bagi aku.
Aku ingat lagi, masa aku kecik dulu aku penah gado ngan abang aku. Sampai ke sudah aku tamo mintak maap ngan dia sebab bagi aku yang masih egocentric ketika itu, abang aku yang salah dan bukannya aku. Dan aku penah demam jugak masa hari raya masa aku kecik dulu. Ya Allah, raya ketika itu saaangat la tidak seronok.
Kenapa kita bertakbir di hari raya?
Masa aku kecik-kecik dulu, mak aku akan pastikan aku tak miss solat jamaah Maghrib dan Isyak di surau sampai pegi surau da semacam suatu rutin untuk aku. Dan setiap tahun ketika hari raya, aku lihat orang-orang tua bertakbir menggunakan microphone. Masa tue, aku saaangat teringin nak gune mic. Balik umah, aku akan terpacak depan TV masa ada tayangan takbir yang punya baris sarikata. Tujuan? Nak hafal baris-baris takbir. Alhamdulillah, in times aku berjaya jugak hafal walaupon lagu tunggang terbalik
Tapi kan, bila aku da makin dewasa dan mampu berfikir lebih jauh lagi aku mula bertanya pada diri: Kenapa kita bertakbir di hari raya? Dan ini adalah pendapat aku. Takbir berasal dari perkataan Arab kabara yang berarti "besar". Lalu takbir dari segi lughah (bahasa) bermaksud "membesarkan" dan dari konteks Islam, yang kita besarkan adalah Allah.
Kenapa di hari raya? Bukankah kita perlu membesarkan Allah setiap detik kita bernyawa - dalam solat, dalam keadaan berdiri mahupon duduk? Benar itu. Tapi significantnya takbir di hari raya adalah sebagai satu simbol: Simbol kehambaan. Bila kita membesarkan sesuatu, kita secara tidak langsung sebenarnya mengakui betapa kerdil dan lemahnya diri kita (dan sebab itu la kita tidak bole nak membesar dan membangga diri ye?).
Hari raya 'Aidilfitri juga adalah lambang kemenangan kita selama sebulan berusaha melentur nafsu yang hitam berdosa. Lalu kita bertakbir di hari raya adalah sebagai tanda syukur seorang hamba yang mengakui kebesaran dan keesaan Tuhannya, dan mengakui kekerdilan dan kelemahan diri yang hina tanpa bantuanNya. Dan inilah fitrah sebenar manusia sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Kerna itu, jangan siakan usaha kita di bulan Ramadhan dengan pembaziran dan laen-laen perbuatan yang bertentangan dengan "fitrah" seorang hamba Allah yang beriman.
Soalan kepada diri: Sudahkah engkau kembali kepada fitrah seorang manusia sebagai hamba Allah yang beriman?
"Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Walillahil hamd."
4 comments:
Salaam Chouji.
Makna berhari-raya buat aku..
mmg benar aku penah kata apa yg penting buat aku adalah bermaafan di hari-raya, sbb masa tu lah yg dirasakan agak "proper" minta maaf bagi seorg anak dan adik yg agak ego dengan famili sendiri seperti aku. dan mungkin juga ramai org lain..tanpa mereka sedari.
Ideally, aku berharap aku mampu melenturkan ego tersebut dan melafazkan sayang dan maaf kepada ahli keluarga pada hari-hari biasa. there and then!. tak payah tunggu raye.. tp alangkah malangnya, aku masih belum berjaya lagi.
Selain bermaafan, berziarah tu mmg penting. hmm.. . dulu aku tak sedar itu. kalau masa kecik2 pegi rumah org beraye sbb nak duit raye. dah besar sikit, sbb makan. tapi masa aku raya time SPM dulu, baru aku sedar erti ziarah.
aku tak mahu balik kampung. niat hati nak duduk rumah nak study. parent aku tak membantah, wp aku tau mereka reluctant nak tinggalkan aku sorg2 kat rumah.
Makcik aku datang rumah beri nasihat. "pergilah balik kampung selagi nenek masih ada" .. ayat ni ayat biasa je. tapi hanya Allah yg tahu betapa aku pernah berdosa dengan nenek aku suatu waktu dahulu yg sampai masih sekarang berbekas rasa bersalahnya. Ya, nenek aku masih hidup, Alhamdulillah dan aku tau die mungkin dah lupakan apa yg berlaku antara kami dulu tapi aku still, takut perbuatan aku belum dimaafkan properly sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Nauzubillah..
Dan akhirnya aku ikut juga famili aku pulang ke kampung.. dan ziarah family2 lain jugaklah. tak best pulak kalau terputus hubungan ye tak.. sejauh mana aku curious dengan root aku historically, sejauh itu juga aku harus memanjangkan kaki melawat sedara-mara yg ada..
peace. sorry komen "ter"panjang. Layak tulis another entry for myself sebenarnya. LOL
slamat dino rioyo. nyong jalok ngapuro seng akeh-akeh, yo. ;)
Selamat hari raya 'Aidilfitri, Mimi. :'D
Pada pendapat aku, ego dan nafsu tue adalah menda yang sama. Nafsu adalah dari perkataan Arab an-nafs yang bermaksud "diri" whereas ego pulak psychologists relatekan dengan the self.
Ramadhan adalah sebuah madrasah, tempat kita belajar untuk melentur dan membentuk nafsu mengikut acuan kehambaan seperti yang dah Allah tetapkan dalam fitrah kita sebagai manusia. Dan hari raya adalah hari kita meraikan kejayaan melentur nafsu nie.
Tapi nafsu/ego memang susah nak dilentur, kan? Walaupon masih belom berjaya tundukkan ego/nafsu nie, sekurang-kurangnya kita da sedar yg perbuatan menurut ego/nafsu tue adalah salah. Anggaplah ini satu permulaan.
Perubahan yang terbaek bukan bergantung kepada banyak mana kita berubah dalam masa yang singkat. Perubahan yang terbaek adalah yang sedikit demi sedikit dan sentiasa berterusan, malahan berkekalan. InsyaAllah.
Wallahua'lam. :')
waa,,aku nmpk tembam dlm gmbr tuu..haha..
sorry komen yg tak berilmiah..
anyway, bagus la kau letak bacaan surah (al-qiyamah ek?) tu..walaupun aku x fhm maksud die, ble dgr bacaan imam tu yg bersungguh sungguh bace, hati aku buat sekian kalinye tersentuh.. ataupun maybe walaupun aku x phm, hati aku yang sememangnya milik Allah ni faham..so thanks=)
Eh, nampak tembam ke? Tak la~ Masalah lighting tue. Cahaya terlebih kena pipi. Aku tengok ko berseri dan chumil je dalam gambar nie. Hee~ :'D
Welcome. Glad dapat kongsi menda baek camni. Yup, nie bacaan surah Qiyamah oleh Sheikh 'Ajmy. Ko bole check clip yang ada English translation dia kat sini: http://www.youtube.com/watch?v=C6abhvNCpgw
First time aku tengok clip nie, hati bergetar sampai bole meleleh air mata bila dengar Sheikh 'Ajmy menanges baca pasal terpisahnya ruh dari jasad dan tentang kecelakaan untuk orang yang tak beriman. Even skang, setiap kali dengar pon hati tetap tersentuh sebab paham maksud dan hati takut pada Allah. Mohon perlindungan dari kemurkaan Allah.
~p/s: Tak kesah pon komen berilmiah ke tak. Asalkan dari hati yang ikhlas, semua komen pon dihargai. Jazakillah. :')
Post a Comment