Sunday, September 27, 2009
Di Balik Cermin Mimpi
Kebelakangan nie, aku slalu bermimpi.
Mungkin aku patut kata, aku banyak bermimpi sepanjang aku di Wellington nie.
Bukan hanya mimpi-mimpi remeh seperti terjatuh dari tempat tinggi atau dikejar sesuatu, tetapi mimpi yang bagi aku, punya maksud yang mendalam dan mungkin bisa ditafsiri. Kerna ada antara mimpi-mimpi ini yang bole aku kaitkan dengan hidup aku atau orang-orang di sekeliling.
Aku pernah mimpi berbicara dengan seorang lelaki misteri tentang Kasih Tuhan yang membawa berita gembira kepada hamba-hambaNya yang bersedih hati [klik sini untuk baca entry tersebut]. Aku andaikan lelaki misteri tersebut adalah sebahagian dari diri aku yang Freud gelarkan sebagai "The Self" yang jika dilihat dari perspektif Islam, ianya mungkin adalah "The Soul" (Muhhammad M. Ali-Akili, 1992).
Aku juga pernah mimpi sudah berkahwin dengan seorang gadis manes yang aku smemangnya kenal. Dalam mimpi itu aku dan dia kelihatan gembira dan dia ada membisikkan sesuatu kepada aku yang aku tidak mampu recall sehingga sekarang. Ibn Seerin mengaitkan mimpi perkahwinan dengan kematian andainya muka pasangan tidak kelihatan (Muhhammad M. Ali-Akili, 1992; p.473). Seandainya pasangan itu dikenali, ianya bole dikaitkan dengan memperoleh kuasa, kekayaan atau mungkin mengahwini pasangan itu sendiri (p.57).
Beberapa bulan yang lalu, ada dua sahabat aku yang bergaduh. Mereka tidak bertegur sapa kerana perkara kecil yang bisa aku putuskan hanyalah sebagai salah faham yang dibesarkan oleh pihak laen. Aku rasa sedih melihat keadaan ini. Beberapa hari selepas itu, aku termimpikan kedua-dua sahabatku ini sedang bermaafan. Mereka berpelukan dengan muka disimbahi perasaan kaseh dan ukhuwwah. Dan alhamdulillah, beberapa hari yang menyusul kemudiannya aku dapati mereka berdua sudah berbaek semula. Lega sungguh hati ini!
Dan smalam aku bermimpi lagi.
Mimpi yang bagi aku, mungkin punya maksud tersembunyi. Mimpi yang agak merunsingkan hati aku.
Dalam mimpi itu, aku lihat 3 orang sahabatku yang aku tahu sungguh akrab antara satu sama laen. Mereka bisaku ibaratkan seperti belangkas (eh, belangkas cuma berpasangan kan? Maksud aku di sini, mereka ini tak lengkap tanpa satu sama laen).
Bertempat di sebuah bus stop, aku lihat mereka bertiga berpecah dan berpisah hala tuju. Sahabat A menyatakan beliau mahu gerak dahulu dan terus berlangkah pergi meninggalkan 2 sahabatnya yang laen. Tindakannya ku lihat agak impulsive. Aku berada di dalam mimpi tersebut sebagai watak tambahan yang menyaksikan mereka dan berbicara dengan 2 sahabat yang ditinggalkan itu. Sahabat B kelihatan sangat marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan sahabat A, manakala sahabat C ku lihat hanya berdiam diri dan kelihatan seperti tidak kesah dengan apa yang berlaku.
Personaliti ketiga mereka di dalam mimpi aku itu sangatlah matching dengan personaliti mereka di alam realiti. Inilah sebenarnya yang merunsingkan aku.
Punya maksud tersembunyikah mimpi ini?
Aku tahu, mimpi kekadang itu adalah mainan syaitan. Tapi mimpi juga bisa menjadi petanda kepada sesuatu yang mungkin akan berlaku seperti kisah Nabi Yusuf yang mentadbir mimpi raja (dan mimpi aku tentang 2 sahabatku yang telah berbaek semula).
Ke hadratMu aku memohon, ya Allah. Andai mimpiku ini adalah petanda kepada sesuatu yang bakal berlaku, maka aku pohon Kau jauhkanlah hati mereka dan juga hati kami yang laen seluruhnya dari perasaan benci sesama saudara. Dan kau suburkanlah hati-hati kami untuk saling berkasih dan menyayangi antara saudara seagama, demi dan hanya untuk beroleh keredhaanMu, dari di dunia bawa ke Akhirat kelak. Sungguh aku kasihi mereka dan sahabat-sahabatku yang laen, ya Allah!
"Allahuma, Ma'maanul khaaifiin! Najjina mimma nakhaf, ya Allah. Innaka Qawiyyul 'Azeez."
Reference:
Muhhammad, M.A. (1992). Ibn Seerin's dictionary of dreams: According to Islamic inner traditions. India: Pearl Publishing House.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment