Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Baru-baru ini seakan heboh kisah "makhluk terbang" di Wellington. Menurut cerita-cerita yang aku dengar, makhluk terbang warna putih nie ditemui di MacDonald Crescent (iaitu area perumahan di belakang Education House, selekoh shortcut pelajar VUW untuk ke uni). Salah seorang yang "bertuah" menyaksikan makhluk nie adalah junior aku.
Ramai yang berasa takut, tak kurang juge ramai yang sama ada curious atau sekadar skeptikal mempersoalkan kewujudan makhluk terbang yang sepatutnye di Malaysia tetapi ditemui di Wellington.
"Dia ikut sampai ke sini la tue," kata mereka dalam nada bergurau.
Bagi aku, hantu ke apa ke bentuk makhluk yang menakutkan yang kita ternampakkan sebenarnya adalah jin. Tidakkah mereka ini berada di sekeliling kita, di setiap pelosok bumi? Mereka nampak kita, cuma kita tak nampak mereka. Dan mereka kekadang menyerupa agar kita dapat melihat mereka. Dan bagi aku, pabila kita takut maka imej dalam kepala kita itulah yang akan mereka serupai.
Bila sentuh je isu pasal makhluk terbang dan makhluk-makhluk laen yang seangkatan dengannya, aku mesti teringat pesanan abah aku pasal makhluk halus.
Aku kecik-kecik dulu penakut sangat (termengaku pule di sini). Nak pegi toilet malam pon teragak-agak, tunggu ada orang berdekatan dengan toilet baru aku masuk, sedangkan toilet kat dalam umah je pon. Abah aku slalu geleng kepala tengok aku (skang nie aku pon sure geleng kepala jugak kalo tengok diri aku yang saaangat penakut masa kecik dulu). Sampai le satu tahap abah aku sembang ngan aku pasal makhluk halus nie.
Abah aku cakap, makhluk halus nie makhluk Allah jugak sama ada terdiri daripada jin (ada yang Islam, ada yang tak. Yang Islam itu baek dan yang kafir itu bersifat suke mengganggu) atau syaitan. Mereka takde kuasa pon nak bagi mudarat kat kita jika Allah tak izinkan. Lagi pulak, makhluk-makhluk halus nie biasanya tak ganggu manusia jika kita tak ganggu mereka. Abah aku bagi perumpamaan haiwan liar macam ular. Ular takkan patuk kalo tak rasa terancam. Lebih kurang la dengan jin.
Aku tanya abah aku tentang jin kafir yang suke mengusik tue. Usikan-usikan mereka biasanya dalam bentuk menyerupa dalam bentuk fizikal yang menakutkan bila kita terserempak dan juge dengan bunyi-bunyian serta laen-laen bentuk gangguan fizikal. Abah aku ketawa sambil memberikan satu analogi yang aku saaangat suke.
"Andaikan jin kafir nie cam budak nakal kat skolah," kata abah aku. "Mereka suka mengusik dan kacau orang laen. Bila kita takut dengan mereka, mereka lagi suka nak kaco. Abaikan je usikan tue sume, nanti dia penat dia akan berhenti. Tapi jangan pulak berlagak sangat, nanti dia rasa tercabar dan marah."
In brief, abah aku nak pesan jangan takot sangat tapi jangan pulak bercakap besar.
Makhluk-makhluk halus nie memang tak bole datangkan mudarat tanpa izin Allah, mereka takde kuasa [72:21]. Walau bagaimanapon, dalam Quran ada dinyatakan yang Allah berikan kebenaran kepada Iblis untuk menyimpangkan anak-anak Adam dari jalan kebenaran, kan? Bole check hal ini dalam surah Sod [38:71-88], perihal penciptaan Adam dan Iblis menderhaka kepada Allah. Dan kemudian Allah berikan kebenaran sehingga hari Kiamat kepada Iblis untuk menyesatkan anak-anak Adam.
Apa kaitan makhluk halus dan janji Iblis dengan Allah untuk menyesatkan manusia? Owh, ada perkaitannya. Banyak cara Iblis nak sesatkan anak-anak Adam - dari sekecil hal yang bercanggah dengan ajaran Islam sehinggalah ke sebesar-besar hal iaitu menyekutukan Allah. Dalam Islam, kita semua diajar untuk tidak menyekutukan Allah kerna Dia adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah dan tiada tolok bandingnya. Lalu, hanya kepadaNyalah kita patut merasa takut dan rendah diri dengan kemurkaanNya dan azab siksa Neraka dan Hari Pembalasan.
Tetapi, hati manusia agak lemah. Kekadang bila kita takut, kita lupa Allah. Kekadang bila rasa terlalu takut dengan makhluk sehingga kita lupa Allah. Mungkin hati yang ketakutan itu tidak terlintas niat mahu menyekutukan Allah, tetapi pabila kita terlalu takut dengan makhluk Allah dan terlalu takut dengan mudarat dari mereka kita sebenarnya secara tidak langsung sedang menyekutukan Allah. Inilah jenis syirik kecil yang kita kekadang tidak sedar.
Aku tak maksudkan untuk langsung tidak takut dengan ancaman jahat dari jin dan manusia yang bersekongkol dengan jin. Dengan izin Allah, mereka masih boleh memudaratkan sesama manusia. Malahan Allah membekalkan kita dengan doa dari Quran untuk berlindung dari mudarat jin, sihir dan pengamalnya iaitu surah al-Falaq [113:1-5].
Tujuan aku menulis ini ialah untuk mengingatkan diri terutamanya, dan rakan-rakan serta siapa sahaja yang sudi membaca untuk tidak terlalu takut dengan ancaman makhluk-makhluk halus. Pohonlah perlindungan dari Allah senantiasa. Takutlah pada Allah, dan bukan pada jin, syaitan atau manusia yang bersekongkol dengan mereka tetapi kita perlu ingat untuk sentiasa berwaspada.
"Kami mohon perlindungan dengan Allah, Tuhan yang menciptakan dinihari. Dari kejahatan makhluk-makhluk ciptaanNya. Dan dari kepekatan gelap Malam pabila ia sudah larut. Dan dari kejahatan mereka yang mengamalkan ilmu hitam. Dan dari ancaman mereka yang dengki ketika mereka dengki dan iri hati. Allahumma ameen."
2 comments:
Shamimi Shamsuddin likes this.
Baru je tadi Fay bukak story macam2 masa dinner. and now dah dekat pukul 3 pagi. Sebelum tdo, somehow tergerak pulak aku nak bukak blog ni. ada pulaaklaaa... ulangan cerita fay tadi, but in different light (pada sudut pandangan berbeza)
bukan utk mengerikan, tapi untuk lebih menguatkan. Terima kasih Chouji!
Semoga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah. Ameen Yaa Rabbal Alamin :)
Sama-sama, Mimi. :')
Allah melakukan sesuatu tue sentiasa yang terbaek untuk kita semua. Kuasa Allah dan cara Dia menyusun setiap sesuatu tue tak tercapaikan oleh akal fikiran kita.
Sebab tue kita kena sentiasa bersangka baek dengan Allah dalam setiap perkara. :')
Post a Comment