Monday, October 12, 2009

Be Lost in God

Dengan nama Allah yang hati-hati kita adalah milikNya.


Semalam ketika berehat sebentar selepas pulang dari Rumah Terbuka Stepod, aku browse through Facebook sekejap. Niat mahu merehatkan diri sambil mengumpul rasa rajin untuk mentelaah kitab agama agar mampu menjawab ujian kefahaman agama oleh ustazah Anna Gade slasa depan.

Dan aku terlihat status yang amat menarik oleh saudari Iynas. Pada statusnya, Iynas menulis,

"A woman's heart should be so lost in God
that a man needs to seek Him in order to find her.
"

Menarik, bukan? Hati seorang wanita itu patut "hilang" (yakni berada) dalam tangan (Rahmat dan Kuasa) Allah, dan seseorang lelaki itu perlulah cuba mencari, mendekati dan mengenali Allah dalam usaha sang lelaki untuk mencari sang wanita.

Dan aku susulkan suatu soalan retorik yang berbunyi:

"In his search for the woman's heart, I wonder what will happen
if the man lost his heart in God too?"

Kan? Apa yang akan terjadi sebenarnya andai hati sang lelaki juga hilang dalam tangan Allah di tempoh pengusahaannya mencari hati sang wanita? Saje je menyuarakan persoalan hati. Soalan retorik tak perlu jawapan, kerna sama ada jawapannya kita telah tahu atau kerna tiada penjawaban bagi soalan tersebut. Bukan begitukah? Tiada masalah kan, jika hati keduanya hilang dalam tangan Si Pencipta?

Dan Iynas memintakan sesiapa saja untuk menjawab persoalan retorik yang aku utarakan, tetapi Cik Sar pula cakap biar aku sendiri saja yang menjawab kerna itu adalah soalan retorik yang tak perlukan jawapan.

Sekadar mahu menconteng sesuatu agar dapat memberikan respons kepada soalan aku sendiri, inilah yang tertulis:

"When both the man and the woman lost their hearts in God,
it is God with His Love and Compassion
who will unite the two hearts as one."

Aku tak pikir panjang pon semasa menulis respons ini. Sekadar mencoretkan rasa hati dan secebis pendapat yang ada di minda. Kerna aku rasa, hati sang lelaki dan sang wanita kan disatukan oleh Allah dengan Cinta dan RahmatNya andai, kedua sang lelaki dan sang wanita tersebut, hati mereka hanya ada cinta pada Allah.

Biar di hati hanya ada Allah


Dan hari ini ketika aku sedang berehat lagi dari mentelaah kitab agama sambil bloghopping mencari ilham dan inspirasi dalam usaha mengurangkan rasa malas, aku terjumpa dua entri menarik berkenaan beza cinta nafsu dan cinta Allah, di manakah patut terletaknya cinta dan di manakah Allah dalam hati kita [klik sini dan sini untuk membaca entri-entri tersebut; kredit kepada Iynas].

Aku paling tertarik dengan maksud surah ar-Rum, ayat 21 yang berbunyi:

"And among His Signs is that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between them (their hearts); verily, in that are Signs for those who reflect."

Aku sangat suka ayat ini kerana ia menjelaskan kembali jawapan yang aku hasilkan sebagai respons kepada soalan retorik di atas.

Bagi aku, ayat ini mendalam maknanya. Bukan sekadar Allah menyatakan kepada kita tentang manusia itu diciptakan ada pasangannya tetapi lebih mendalam lagi.

Ayat ini menekankan tentang Petanda (Signs) kepada mereka yang berfikir dan cinta serta kasih (love and mercy) antara hati manusia yang hidup berpasangan atas jalan yang halal (perkahwinan).

Sekarang nie seolah-olah semua orang mahu mencari pasangan hidup dan mendirikan rumahtangga. Kekadang tue hati manusia yang gembira melihat insan laen gembira tidak terlepas dari merasa iri hati dan mahu berasa gembira juge, lalu timbullah keinginan untuk menyertai bandwagon perkahwinan ini.

Kekadang dalam mencari pasangan itu, kita tidak sedar kita kekadang mengabaikan hak kita kepada Allah yang mungkin hanya sekecil berzikir mengingatiNya di setiap perbuatan (sedangkan pahalanya amatlah besar).

Kekadang bila kita rasakan sudah ketemu pilihan hati, kita tidak sedar kita kekadang mula lupa Allah. Dalam hati mula diisi dengan bayangan wajah insan yang masih belum halal sebagai pasangan dan ingatan kepada Allah pon mulai pudar.

Dan bila hati mula lupai Allah, nafsu mula mengendap peluang untuk menceroboh dan mengambil alih hati. Dan hasilnya, cinta yang terjalin bukan lagi kerana Allah tetapi kerna nafsu semata. Astaghfirullah . . . na'uzibillah min zalik, ya Allah!

Bagi aku, ayat 21 dari surah Rum sebenarnya bertujuan memberikan jaminan kepada setiap manusia bahawa bagi setiap kita telah Allah ciptakan pasangan yang sesuai untuk kita iaitu pasangan yang bole kita bina hidup bersama dengan perasaan tenang dan gembira. Dan oleh sebab jaminan inilah, kita tidak perlu takut untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raga (hati terutamanya) kepada Allah semata-mata. Dan insyaAllah, dalam Cinta dan Belas Kasih Allah itu Dia kan pertemukan dua hati yang menghambakan diri hanya kepadaNya. Bukankah telah Allah janjikan tambahan nikmat bagi yang patuh dan bersyukur [14:7] dan jaminan syurga kepada orang-orang yang menyerahkan diri, harta dan keluarga sepenuhnya kepada Allah [9:11]?

Jadi, ketahuilah prioriti hidup kita sebagai hamba Allah. Carilah pasangan hidup, carilah harta yang halal, carilah ilmu yang bermanfaat dan segala sesuatu perkara yang baek di dunia ini tapi jangan sesekali hati kita terlalaikan oleh usaha mencapai kejayaan duniawi.

Dan bagi mereka yang sedang mencari dan mahukan kebahgiaan hidup dunia dan akhirat bersama pasangan, mulakanlah dengan mencari, mengenali dan mencintai Allah dengan sepenuh hati. Dan serahkanlah hati, jiwa dan raga sepenuhnya kepada Allah. InsyaAllah dengan Rahmat, Cinta dan Belas KasihNya akan Dia pertemukan dengan pasangan yang paling sesuai iaitu pasangan yang hatinya juga "hilang" dalam tangan Allah.

Dan owh, ini terutamanya adalah peringatan kepada diri sendiri yang acapkali lupa dan leka dengan nikmat Allah di dunia.


Serahkanlah hati, jiwa dan raga seluruhnya kepada Allah. Dia kan pertemukan dengan pasangan yang baek agamanya, insyaAllah. :')


"Ya Allah! Banyak sungguh nikmatMu ke atasku tetapi lagi aku mahu meminta-minta dariMu. Sungguhpun Engkau sangat menyukai hamba-hambaMu yang sujud dan merintih, merayu memohon dariMu; kekadang aku malu dengan kebiadapan diriku sendiri terhadapMu. Sungguh aku ini manusia yang kekadang lupa untuk bersyukur kepadaMu. Tetapi Rahmat dan Cinta KasihMu tidak pernah lekang dari manusia seluruhnya. Dan oleh itu, ya Allah, ingin aku untuk lebih mengenali diriMu dan ku mulakan dengan penyerahan hatiku, jiwa dan ragaku seluruhnya mengharapkan hanya keredhaanMu semata-mata."

2 comments:

iynas said...

Saye pun baru bace entri tentang "Pada Siapa Patut Letak Cinta" pagi tadi, tp yg entri lagi satu belum bace lg..akan bace jap lg, insya-Allah..

Lagi satu, saye sbenarnya tgah cari gambar yg ade tulis Allah dgn bentuk hati kaler merah tu nak letak kat latest entri, tp x jumpe, maka saye save jer dari entri awak eh..hehe

Alhamdulillah sgt jumpe blog Cahaya Mukmin tu, byk yg bleh dapat dan semoga bermanfaat utk semua :-)

hafiz CHouJi said...

Owh, sila le save. Saye pon jumpa kat tenet je. Saye sangat suke gambar hati ada tulis Allah tue. Sangat chantek, kan? :'D

Tapi blog Cahaya Mukmin tue memang baguslah. Dia liputi pelbagai aspek cam sirah, feqah dan sebagainya walaupon dalam penulisan yang agak mudah.

Syukur kepada Allah sebab ketemukan Iynas dengan blog tue, dan terima kasih kepada Iynas juge kerana berkongsi kebaikan dengan semua. :')