Dengan nama Allah yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa.
Okay, tajuk entry nie memang takde kaitan pon dengan content. Saje je nak tulis title yang random sekali sekala. Ehehe~ :'D
Tak tahu la kenapa tapi sejak bangun solat subuh tadi lagi ada sebuah nasheed klasik yang asek berdendangan di telinga aku. Pelik? Bukan untuk aku yang memang pelik. Slalu je benda macam nie jadi, as in, lagu terngiang-ngiang di telinga out of nowhere. Kuasa Allah, kan?
Kembali kepada nasheed tue. Lirik nasheed nie sangat simple. Takde iringan musik, cuma sedikit efek bunyi-bunyian alam seperti bunyi hempasan ombak di pantai dan kicauan riang burung yang sesuai mengiringi lirik.
InsyaAllah, di sini aku nak kongsi lirik nasheed tersebut. Tajuknya Redhalah Aku oleh Grup Apresiasi Seni. Tak penah dengar? Ini adalah kumpulan nasheed klasik sekitar zaman al-Arqam dulu. Mungkin tak sepopular Nadamurni mahupon The Zikr, tetapi nasheed-nasheed mereka banyak bertemakan ketuhanan dan perjuangan. :')
Sila [klik sini] untuk link download.
REDHALAH AKU
oleh: Grup Apresiasi Seni
Suasana pagi makin berseri-seri
Bila matahari mula menjenguk diri
Terlukis keindahan
dalam keharmonian
Terpamer kekuasaan ar-Rahman.
Burung-burung berkicau di celah pohon hijau
Menitislah embun dari hujung dedaun
Lembut bayu menyapa
bagai membelai jiwa
Menggilap dosa-dosa yang tersisa.
Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan kurniaan kehidupan Rabbani.
Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan limpahan nikmat di bumi ini.
Keindahan alam, keindahan Islam
Kemanisan Iman, nikmat yang disyukurkan
Persada kecintaan
Taqwa jadi hiasan
Biarpun kehinaan di mata insan.
Segala keperitan jadi rencah perjuangan
Itulah Sunnatullah dari zaman Rasulullah
Biarpun tumpah
airmata dan darah
Tak peduli demi cinta Ilahi.
Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan kurniaan kehidupan Rabbani.
Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan limpahan nikmat di bumi ini.
Wahai teman-teman
Majulah ke hadapan
Islam takkan kalah
Begitu janji Allah.
Kemenangan milik kita
Syahid adalah cita,
syahid adalah cita . . .
Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan kurniaan kehidupan Rabbani.
Redhalah aku
Hanya padaMu
Dan limpahan nikmat di bumi ini.
"Ya Allah! Maha Suci Engkau yang telah menyediakan Islam yang syumul ini sebagai panduan dan gaya hidup kami. Tetapkanlah hatiku untuk sentiasa kekal atas jalanMu yang lurus ini, biarpun seluruh dunia membenci. Engkau permudahkanlah usahaku untuk menegakkan daulah Islam dalam hatiku, agar bisa aku menegakkannya di bumiMu dengan apa cara yang daku termampu. Hanya padaMu bisaku merintih dan meminta, ya Samee'ul Basir!"
~p/s: Okay, tajuk entry nie bukanlah random sangat. Pasal analogi aku dan esaimen. Aku bermaen mata dengan kertas soklan esaimen ALIN302. Ku pandang ia, ia tersiput malu. Ia pandang daku, ku bersiul bagai tak tahu. Tapi tak siapa berani memulakan langkah pertama terlebih dahulu. Okay, dah merapu di sini. Ahaha~ :'P
No comments:
Post a Comment