Tuesday, October 27, 2009

Sakit Itu Kifarah Dosa :')

Dengan nama Allah yang Wujud dan Kekal Abadi.

Beberapa hari nie, aku sedikit kurang bernasib baek. Selepas satu, datang lagi satu ujian.

Malang bertimpa-timpa, bak kata orang tua-tua.

Mula Sabtu lepas, bibir aku tetiba je bengkak. Merah keliling bibir macam pakai gincu. Kemudian kulit sekitar bibir merekah sedikit. Saket ke? Allah je yang tahu betapa seksanya rasa tiap kali terkena air.

Kemudian pagi Ahad, saje je la tetiba gatal nak mandi bathtub. Maen rendam, selam-selam. Timbul tue je, ada air termasuk telinga kanan. Degil air tue, da cuba pelbagai cara saranan teman-teman tapi tanak kluar juge. Allah je tahu betapa tak slesanya berkomunikasi dengan orang laen dengan telinga dominan yang tidak berfungsi. Apatah lagi perlu hadiri workshop kelolaan LW. Terasa sedikit malu bila berdiri di hadapan dan tidak lancar melaksanakan tugasan kerana tak dapat mendengar dengan baek.

Dan smalam, alhamdulillah telinga makin pulih. Air da kluar sket walaupon malu-malu je gayanya. Dan aku keja petang smalam. Sungguh malang tue takde bau. Jari kelingking kiri aku mendapat luka yang agak dalam, bahana sebiji cawan "merbahaya" dari bilik CEO WCC. Aku sendiri pelik kenapa cawan yang sedikit sumbing dengan pecahan pada bibir cawan yang menjadikannya setajam pisau itu, masih digunakan untuk meminum air. Pada hemat aku, cawan itu layaknya berada dalam tong sampah kerna ia membahayakan penggunanya.

Ini la antara sakit fizikal yang aku hadapi satu persatu tak putus-putus.

Kalau ikut jenaka aku dengan abang aku masa kecik-kecik dulu, kami ibaratkan situasi aku sebagai "sudah jatuh ditimpa tangga, jatuh ke tanah dipatuk ayam. Tengalung (pukul) ayam, tuan dia ligan (kejar)." :'P



Aku akui, aku ada sedikit mengeluh dengan ujian Allah nie. Malu pulak dengan Allah sebab aku merungut dengan ujian yang baru seringan nie. Sakit aku nie tak sampai suku pon deritanya Nabi Ayyub 'alaihissalaam. Itu pon aku da merungut dan mengeluh? Astaghfirullah . . . betapa aku kurang sabar.

Tapi alhamdulillah, aku syukur. Pabila berbicara dengan seorang teman sebelum tido smalam, aku telah diingatkan bahawa ujian sakit ini adalah tanda Allah sayangkan hambaNya kerna sakit itu adalah kifarah dosa-dosa yang telah dilakukan.

Sungguh, manusia ini pelupa bila diberikan ujian. Kerna itu kita perlu teman untuk mengingatkan kita untuk kembali mengemudi langkah atas jalanNya. InsyaAllah.

Terima kaseh teman, kerna mengingatkan. Terima kaseh Allah, atas ujian penguji kesabaran jua sebagai kifarah dosaku.


" Ya Allah! Aku ini hambaMu yang kerdil dan lemah. Sungguh terkadang aku lupa dan merintih, merungut dan mengeluh dengan ujianMu. Sedangkan ujianMu itu tanda kasih sayangMu terhadapku. Aku risau andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku mengundang murkaMu.Aku takut andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku membawa aku jauh dariMu, ya Allah! Lalu, dengan RahmatMu kupohon keberkatan insan-insan bernama teman dan sahabat sebagai penyeri hidupku dan pengingat aku kepadaMu di kala aku lupa."

2 comments:

iynas said...

Alhamdulillah, jelesnya bila Allah sedang menghapuskan dosa2 Chouji melalui musibah2 tu..insya-Allah..terima juga ia sbg petunjuk supaya Chouji lebih ingat kepada-Nya..

Fitrah manusia utk mengeluh..tp nak tau tak..ade org rasa terhibur bila ditimpa ujian dan musibah yg diberikan Allah sampaikan bila hidupnya tenang tanpa sebarang ujian dan musibah, dia merasakan yg Allah kurang sayang padanya..

Susahkan nak sampai ke tahap mcm tu..

Tp jgn laa lepas nie mengharapkan ujian pulak..hehe..ketenangan juga suatu hadiah..apa2 yg berlaku kpd kita ada kebaikan yg Allah nak berikan kpd kita..

Tiada yang lebih baik dari apa yang telah berlaku :-)

Semoga cepat sembuh! :-D

hafiz CHouJi said...

Alhamdulillah, semua pon da maken baek kecuali bibir bergincu nie. Tapi insyaAllah akan sembuh segera. :')

Terima kaseh banyak, Iynas, kerana berkongsi rasa dan pendapat. Mungkin Allah tak tunjuk kasih sayangNya kepada Iynas melalui ujian berupa musibah cam ke atas saya, tetapi dengan ujian nikmat untuk uji sejauh mana Iynas bersyukur. :'D